Piala Malaysia Akan Dipamerkan Kepada Umum Pada 17 & 18 November Di Ipoh

Piala Malaysia

Setelah kemarau 18 tahun bagi mendakap kejuaraan Piala Malaysia sudah berjaya dilunaskan serta pelbagai kemelut berkaitan kian lenyap, penyokong Perak kini berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat trofi berprestij tanah air itu.

Trofi yang dimenangi hasil penentuan sepakan penalti tersebut akan dipamerkan buat tatapan seluruh rakyat Perak di ruang legar Pasaraya Besar Mydin Meru, Ipoh bermula jam 11 pagi hingga enam petang bermula 17 hingga 18 November ini.

Pada Ahad lalu, piala ini telah dipersembahkan di Kuala Kangsar bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyifatkan acara yang bakal berlangsung pada hujung minggu itu adalah bagi mendekati para peminat bola sepak Perak.

“Kami amat berbangga kerana dapat membawa trofi ini untuk dipamerkan kepada peminat-peminat sukan bola sepak di negeri ini.

“Peminat bola boleh menatap dan bergambar di sisi trofi keagungan bola sepak negara yang berusia 95 tahun dan menjadi rebutan pasukan bola sepak tanah air,” katanya.

“Pameran ini juga merupakan satu penghormatan dan sekaligus menunjukkan sukan bola sepak telah berjaya menembusi sempadan sosial dan budaya kerana saya yakin peminat sukan ini datang dari pelbagai latar belakang.

“Kita harap pameran ini juga akan beri suntikan kepada peminat untuk terus memberikan sokongan penuh kepada pasukan negeri pada musim baharu akan datang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pameran Piala Malaysia itu juga akan diserikan lagi dengan kehadiran para pemain Perak The Bos Gaurus dan ia merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan para penyokong skuad ‘Yob’.

‘Ater, ape tunggu lagi yob-yong. Moh kite penuhkan Mydin Meru nanti’.

Kredit foto: Halil Lokman | Tiger Super Sports

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN