Piala Malaysia 2019: ‘Top 8’ Adalah Satu Pencapaian Yang Baik Buat PKNP FC

abu bakar fadzim pknp fc

Selepas menyaksikan skuad kendaliannya disingkir Kedah dalam kempen Piala Malaysia 2019, Abu Bakar Fadzim berkata di dalam sidang media yang tiada kerugian kepada PKNP FC kerana para pemainnya telah berikan yang terbaik hingga layak ke suku akhir.

PKNP FC tewas 2-6 secara agregat selepas dibenam Kedah 1-4 dalam suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam tadi. Gol Kedah dijaringkan oleh Farhan Roslan, Jonatan Bauman, David Rowley dan Fayadh Zulkifli sementara gol pelawat dihasilkan oleh pemain muda berusia 17 tahun 10 bulan, Mukhairi Ajmal.

Pelawat hadir dengan permainan menyerang yang sangat menarik menerusi gandingan Yashir Pinto dan Mukhairi Ajmal serta berhasil menekan tuan rumah namun dikecewakan oleh penyudah tumpul.

Kedah lebih bijak menggunakan peluang yang ada dan keputusan besar yang diraih di Darul Aman ini pasti melonjak moral pasukan menjelang aksi separuh akhir menentang Pahang selepas ini.

“Bagi saya, ia satu pengalaman yang baik kepada pemain saya. Jadi, tiada kerugian di pihak PKNP FC. Bagi saya, sebagai kelab yang layak sebagai lapan terbaik, saya rasa, ia adalah satu pencapaian, walaupun kita kurang konsisten dalam liga.

“Syabas untuk pasukan Kedah. Kita cuba bagi saingan dalam kedua-dua perlawanan, tetapi tahap [pemain] itu kita tahu. Kita juga hanya dapat gunakan tiga pemain import dan untuk menyaingi pasukan seperti Kedah itu sukar,” jelasnya lagi.

“Mereka menghukum [kami] dengan dua gol pantas dan pemain saya telah mencuba [untuk bangkit],” tambah Abu Bakar sambil menjelaskan The Juggernaut sebenarnya kekurangan tonggak utama yang boleh diketengahkan terutamanya pemain import.

Menurutnya lagi, dalam kempen Piala Malaysia ini, beliau banyak menggunakan khidmat pemain tempatan dan baginya ia adalah satu proses pembelajaran yang baik buat para pemainnya dan jika PKNP FC masih ada pada musim depan, mereka perlukan pemain yang boleh dijadikan tonggak buat pasukan sepanjang musim.

“Ia satu keputusan yang adil [untuk kedua-dua pasukan]. Kedah ada kualiti dengan pemain-pemain mereka yang kita tahu ramai pernah bermain di final. Tonggak import dan tempatan seimbang. Kita akur dengan keputusan tersebut,” ujar Abu Bakar lagi.

Untuk musim hadapan, jika dikekalkan, PKNP FC akan bersaing di Liga Premier selepas menamatkan musim di kedudukan ke-11 liga dan tersingkir daripada Liga Super – hanya merekodkan tiga kemenangan dalam 22 perlawanan sepanjang saingan 2019.

Kredit Featured Image: PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN