Masalah Kewangan Di Industri Bola Sepak Tempatan

Pada Jumaat lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan hanya sembilan pasukan lulus penuh permohonan untuk mendapatkan lesen kebangsaan untuk meneruskan saingan di saingan Liga Super pada musim hadapan.

Di saingan Liga Premier, hanya tiga pasukan yang berjaya mendapatkan lesen kebangsaan masing-masing. Baki tiga pasukan dari Liga Super dan lapan lagi dari Liga Premier masing-masing diberikan tarikh sehingga 30 Oktober untuk melengkapkan pendaftaran masing-masing.

Hakikatnya, kegagalan mendaftar untuk mendapatkan lesen pertandingan oleh kebanyakkan kelab dan persatuan bola sepak di Liga Malaysia adalah disebabkan masalah kewangan.

Ini adalah pandangan peribadi Saudara Izhar Moslim, yang merupakan salah seorang penyokong bola sepak tempatan – seperti kita semua – mengenai isu kewangan membabitkan pasukan di Liga Malaysia. Beliau kini adalah Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Kos yang kian melampau

Sejak awal tahun ini semakin banyak isu yang timbul di dalam industri bola sepak Malaysia yang berkaitan dengan hal kewangan. Belum bermulanya musim, sebuah pasukan dari utara sudah terjerumus dalam kontroversi yang sehingga kini isu tersebut masih terdapat pelbagai misteri.

Baru-baru ini pula semakin banyak berita yang keluar di mana pasukan tidak dapat membayar gaji pemain-pemain mereka.

Sebulan-dua yang lepas timbul juga kekecohan apabila PFAM mengeluarkan kenyataan dan memperincikan jumlah yang dihutang oleh beberapa pasukan kepada pemain atau bekas pemain dan jurulatih mereka.

Ini menunjukkan bahawa masalah kewangan dalam industri bola sepak sudah beberapa tahun terkumpul, terperap, menunggu masa untuk meletup dan runtuh.

Sebelum memasuki pengurusan bola sepak Selangor, saya hanya dapat maklumat kewangan sebuah pasukan bola sepak Liga Super secara ringkas dan tidak terperinci.

? I Rangkuman keratan akhbar hari ini mengenai kenyataan PFAM berkaitan isu tuntutan tunggakan gaji. Terima kasih di atas perhatian pihak media.

#KeratanAkhbar #SupportingThePlayers #BuildingTheGame

Posted by PFA Malaysia on Sunday, August 4, 2019

Gambaran penuh hanya diperoleh selepas memasuki pengurusan Selangor lebih kurang setahun yang lalu.

Dengan pengalaman di dalam sektor korporat selama lebih 10 tahun dalam pelbagai bidang dan industri, jelas kelihatan asas kewangan kelab atau persatuan bola sepak di Malaysia langsung tidak masuk akal kerana kos semakin meningkat, akan tetapi pendapatan semakin berkurangan.

Sebagai contoh yang kita boleh fahami, gaji kita semakin berkurang (atau tidak berubah) tetapi kita terus berbelanja terhadap barangan yang lebih mahal dan mengambil komitmen kewangan yang lebih tinggi (beli kereta mewah, rumah besar, makan tempat-tempat mahal dan lain-lain).

Saya akan beri beberapa contoh kos dan pendapatan sesebuah kelab bola sepak di Malaysia. Saya beranggapan struktur kewangan semua kelab atau persatuan tidak lari dan lebih kurang sama.

Gaji pemain

Pertama sekali saya ingin sentuh satu topik yang sensitif iaitu gaji pemain bola sepak yang merupakan kos tertinggi sesebuah pasukan di Malaysia (dalam lingkungan 60%-70% daripada kos keseluruhan).

Terus terang saya ingin nyatakan pendapat peribadi saya bahawa gaji yang diterima oleh pemain bola sepak di negara ini adalah terlalu tinggi.

Sebagai contoh, buat masa sekarang gaji purata seorang pemain dalam sebuah pasukan berada dalam lingkungan RM32,000 hingga RM35,000 setiap bulan.

IFEDAYO IS RED

WELCOME TO THE REBELLION, IFEDAYO!

Seperti yang digembar-gemburkan, Ifedayo Olusegun kini sah bergelar pemain Red Giants musim 2019.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Ifedayo, baca artikel ini: https://redgiants.faselangor.my/ifedayo-olusegun-ahli-terbaru-red-giants

Jumpa di Stadium Shah Alam malam ini! ?❤️?

#IfedayoIsRed
#MayThe4thBeWithYou
#RedGiants
#KitaAdalahSatu

Posted by FA Selangor on Saturday, May 4, 2019

Ramai orang katakan jangka hayat kerjaya seorang pemain bola adalah pendek. Walaupun demikian, saya berpendapat gaji purata yang patut untuk seorang pemain bagi sebuah pasukan adalah dalam lingkungan RM18,000. Mengapa?

Kita ambil gaji purata seorang rakyat Malaysia iaitu RM3,000 sebulan (mengikut data Jabatan Statistik Malaysia). Jika seseorang mula bekerja dari umur 20 tahun dan bersara pada umur 60, maka beliau bekerja selama 40 tahun.

Sekiranya ambil contoh mudah untuk pemahaman umum, sepanjang 40 tahun individu itu akan menerima jumlah gaji RM1.44 juta (RM3,000 x 12 bulan x 40 tahun).

Sumareh Malaysia Indonesia 2
FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Maka itu, kita ambil angka tersebut dan bahagikan dalam durasi yang lebih pendek iaitu 13 tahun (kita andaikan jangka hayat seorang pemain bola dari umur 20 hingga 33 tahun). RM1.44 juta / 13 tahun / 12 bulan = RM9,230.

Jadi secara logik, gaji purata pemain bola sepak sekiranya disamakan dengan gaji seorang individu yang bukan pemain bola sepak adalah RM9,230 setelah kita keluarkan unsur ‘karier pemain bola sepak adalah pendek’.

Okay lah, mungkin gaji RM9,000 sebulan tak nampak menarik sebab mereka ada juga risiko kecederaan dan sebagainya. Maka itu saya gandakan dua kali gaji purata yang sepatutnya pemain bola sepak di Malaysia terima menjadi RM18,000 sebulan.

FOTO: FA Selangor

Dengan angka tersebut sekiranya sebuah skuad mempunyai 25 orang pemain, jumlah gaji yang perlu dibayar sebulan adalah RM450,000 sebulan atau RM5.4 juta setahun (tidak termasuk perbelanjaan EPF).

Ia dapat mengurangkan hampir 50% daripada kos perbelanjaan gaji dan pada masa yang sama gaji RM18,000 sebulan adalah sangat selesa dan lebih daripada mencukupi untuk sebuah individu/keluarga.

Ada juga hujah yang mengatakan sekiranya gaji rendah, gejala rasuah akan semakin meningkat. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani masalah ini dan kita juga dapat lihat bagaimana orang yang dah kaya dan berpengaruh masih terlibat dalam gejala rasuah.

Perbezaan jurang gaji antara pemain mungkin menyebabkan gejala rasuah berlaku.

Baca menerusi instant article: https://onsb.tk/2EMH3xn

Posted by Semuanya BOLA on Monday, February 19, 2018

Dengan itu bagi saya hujah ini tidaklah kuat dan lebih penting kita ambil langkah untuk perkukuhkan kewangan kelab atau persatuan bola sepak.

Kos-kos lain yang berkaitan dengan perjalanan sesebuah kelab dapat juga dikurangkan sekiranya mengambil pendekatan yang lebih bijak dan inovatif. Kos perbelanjaan untuk hotel, pengangkutan dan lain-lain boleh dijimat akan tetapi tidak sebanyak berbanding dengan kos gaji pemain.

Itu adalah dari segi pengurangan kos. Sekarang kita kupaskan dari segi pendapatan kerana kita perlu seimbangkan kembali kewangan semua kelab dan persatuan bola sepak menerusi pengurangan kos dan penambahan pendapatan.

Meningkatkan Pendapatan Secara Mapan

Di liga-liga ternama dunia terutamanya di Eropah, sebanyak 60%-70% daripada pendapatan mereka datangnya daripada ‘broadcasting rights’ (hak penyiaran) iaitu dana daripada siaran televisyen.

Sebagai contoh, Manchester City yang menjadi juara Liga Perdana Inggeris 2018/19 telah memperoleh £150 juta (RM750 juta), manakala kelab terbawah liga Huddersfield yang terpaksa turun ke Division 1 juga masih mendapat jumlah yang besar iaitu £93 juta (RM465 juta).

Oleh kerana bilangan penonton yang mengikut liga bola sepak Malaysia adalah kecil, hak penyiaran tidak wujud di Negara ini. Sekiranya RM3 juta yang dijanjikan oleh MFL itu diberi istilah ‘hak penyiaran’ (sekarang istilah yang digunakan adalah ‘geran’), ianya hanya 15% daripada jumlah keseluruhan pendapatan sesebuah pasukan.

Pendapatan tertinggi untuk setiap pasukan di Malaysia adalah melalui tajaan iaitu sebanyak 70% daripada jumlah pendapatan keseluruhan. Daripada angka tersebut, hampir semua adalah tajaan daripada kerajaan negeri yang saya suka namakannya sebagai ‘subsidi’.

Sekiranya subsidi kerajaan negeri dihentikan, hampir semua pasukan di Malaysia ini akan terkubur. Saya percaya subsidi ini boleh dikurangkan, tetapi ianya mesti dibuat secara berperingkat.

Peluang Penajaan dan Ruang Iklan di Kerteh FC Bagi Musim 2020.

KAL Services Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat…

Posted by Kerteh FC on Tuesday, July 30, 2019

Saya percaya ia akan ambil masa dalam lingkungan 10 tahun untuk kebergantungan daripada dana kerajaan dapat dikurangkan secara sepenuhnya, sekiranya langkah-langkah menjana pendapatan dapat ditingkatkan mulai sekarang dan kos seperti saya huraikan tadi dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Kami dapati bahawa penaja-penaja korporat tidak lagi melihat tajaan sebagai satu ‘Corporate Social Responsibiity’ atau secara pendek CSR.

Mereka sentiasa ingin mengetahui apakah pulangan pelaburan (return of investment) yang mereka akan peroleh. Dengan itu, pendekatan yang diambil oleh setiap kelab harus lebih maju dengan peredaran zaman dan pemikiran baru ini.

Sebagai langkah pertama, sesebuah kelab perlu mengetahui berapa jumlah aset yang mereka ada kerana aset-aset ini boleh diguna untuk menarik penaja.

Stadium Shah Alam telah diwarnai dengan wall baru!

Buat penyokong yang hadir pada hari ini, jangan lupa bergambar di…

Posted by FA Selangor on Friday, March 1, 2019

Aset-aset yang dimaksudkan termasuk nilai komersial kesemua pemain yang ada di bawah pasukan untuk aktiviti-aktiviti pemasaran. Selain itu aset-aset fizikal seperti penjenamaan di atas jersi, ruang iklan yang ada di sekeliling stadium, pusat latihan dan juga aset bukan fizikal seperti media sosial dan laman web.

Untuk Selangor, anggaran nilai aset yang kita peroleh adalah mencukupi untuk menanggung separuh daripada kos perbelanjaan.

Akan tetapi cabaran yang paling sukar adalah untuk menarik penaja agar mereka sanggup membayar untuk menggunakan aset-aset ini.

Saya percaya sekiranya pihak pengurusan membuktikan mereka menjalankan tugas secara professional dan terus bekerja keras, ianya akan dicapai tetapi masih akan mengambil masa.

Stadium Shah Alam berjaya dihadiri seramai 13,000 penyokong pada perlawanan Home pertama Selangor menentang Felda…

Posted by FA Selangor on Monday, February 4, 2019

Di Malaysia, pendapatan daripada jualan tiket dan produk-produk merchandise adalah sangat sedikit. Tiket untuk melihat sebuah perlawanan liga adalah antara yang paling rendah di dunia, itu pun stadium tidak dapat dipenuhkan. Sekiranya harga tiket perlawanan ditingkatkan, mungkin rusuhan akan berlaku!

Maka itu, kelab bola sepak harus mencari pendekatan yang lebih inovatif untuk menjana lebih ‘revenue per fan’ (pendapatan daripada setiap penyokong).

Sebagai contoh, harga tiket boleh dipakejkan dengan makanan atau minuman, pas musim dimasukkan pelbagai barangan-barangan yang menarik dan bermacam-macam lagi.

Setahun FAS Baru

Minggu ini, sempena setahun DYTM Raja Muda Selangor mengambil alih tampuk kepimpinan FA Selangor, kami…

Posted by FA Selangor on Friday, July 26, 2019

Apabila Tuanku RMS mengambil alih pucuk pimpinan FAS, FAS tidak mempunyai sebarang data untuk mengetahui demografik atau latar belakang penyokong. Oleh kerana itu, FAS telah hasilkan ‘team card’ yang memberi pelbagai manfaat kepada penyokong dan seramai hampir 15,000 penyokong yang mendaftar.

Dengan itu, sekarang kami lebih mengenali demografik penyokong kami; umur, jantina, dari daerah mana, dan juga lingkungan pendapatan. Kita dapati bahawa majoriti penyokong tidak mempunyai kuasa perbelanjaan yang besar.

Maka itu, banyak usaha mesti dilakukan untuk menarik lebih ramai penyokong yang mungkin telah hilang minat dengan bola sepak tempatan, tetapi mengikut secara dekat dan sanggup berbelanja untuk pasukan bola sepak luar negara.

Dengan lebih ramai penyokong yang mengikuti bola sepak tanah air, secara langsung pendapatan kelab atau persatuan akan meningkat menerusi penjualan tiket, merchandise dan paling penting sekali penajaan yang bertambah hasil daripada keyakinan mereka mendapat pulangan pelaburan yang diberi.

Penutup

Kita dapat lihat dengan pelbagai huraian di atas, adalah sangat penting untuk kita perbetulkan struktur dan keadaan kewangan kelab-kelab bola sepak supaya masalah-masalah berkaitan seperti tidak membayar gaji dan sebagainya dapat diselesaikan demi kebaikan jangka masa panjang industri bola sepak Malaysia.

Semua pihak mesti memainkan peranan kerana resipi untuk memperbetulkan masalah ini bukan sahaja terletak di tangan pengurusan kelab, akan tetapi semua pemegang taruh termasuk FAM, MFL, pemain dan penyokong.

Kesemuanya harus bekerjasama demi menyelamatkan industri bola sepak agar tidak terkubur berpunca daripada tersalah urus dari aspek kewangan.

Nota Editor: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis, saudara Izhar Moslim yang merupakan salah seorang penyokong bola sepak tempatan – seperti kita semua – telah disunting dan diterbitkan dengan kebenaran oleh Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN