Piala Malaysia 2019: Sejujurnya Dia Tidak Mahu Main, Jelas Zainal Abidin

Melaka

Dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 yang menyaksikan Melaka United tersungkur 0-3 kepada Pahang, anda akan perasan kehilangan pemain veteran dan berpengaruh, Shukor Adan dalam kesebelasan utama dan juga di bangku simpanan.

Kapten yang memakai jersi bernombor 12 itu dikatakan sudah meninggalkan pasukan susulan pendedahannya mengenai tunggakan gaji skuad Hang Tuah kepada umum tempohari.

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengesahkan pada sidang media yang Shukor Adan telah membuat keputusan untuk tidak beraksi pada perlawanan tersebut dan juga aksi suku akhir kedua yang dijadualkan pada 29 September depan.

“Dia tidak ada. Secara jujurnya dia tak nak main (perlawanan ini). Mungkin hatinya tidak ada pada perlawanan hari ini.

“Saya menghormati keputusan beliau dan menerimanya dan telah memainkan (menggantikan posisi Shukor Adan) Razman (Roslan),” jelas pengendali berusia 56 tahun itu lagi kepada media.

Gaji pemain-pemain Melaka United sudah tertunggak dua bulan dan pendedahan Shukor Adan itu akhirnya telah membuka pekong pengurusan pasukan yang seterusnya membawa pula kepada pendedahan skuad Piala Belia yang lima bulan tidak bergaji.

Ketika ditanya adakah keputusan Shukor Adan itu ada kaitan dengan pendedahan pemain tersebut di laman Instagramnya, Zainal Abidin Hassan pantas menolak untuk menjawab soalan-soalan yang tiada kaitan dengan aksi menentang Pahang.

“Untuk perlawanan seterusnya juga kita masih tak tahu, nak main atau tidak. Masih ada seminggu untuk saya menyediakan pasukan,” tambahnya lagi sambil tidak mahu mengulas lanjut bolos besar kepada Tok Gajah berpunca daripada ketiadaan Shukor Adan.

Selain itu, Zainal Abidin Hassan turut memaklumkan akan cuba untuk membuat perubahan sebagai persediaan untuk aksi di Stadium Darul Makmur nanti selepas ketinggalan tiga gol.

“Ya, kita akan sedia sesuatu (perubahan). Kita ketinggalan tiga kosong jadi kita akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan gol,” jawabnya ketika ditanya mengenai taktikal pasukan selepas ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat itu, Pahang berhasil meledak tiga gol dalam tempoh lima minit di babak kedua untuk membenam Melaka United dengan keputusan 3-0 seterusnya membawa bekalan selesa pulang ke Darul Makmur.

Kredit Featured Image: MFL Live

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN