Piala Malaysia 2019: PJ City FC, JDT Rebut Peluang Kedudukan Teratas Kumpulan B

Safawi Rasid JDT PJ City

Setelah berehat hampir dua minggu untuk memberi laluan kepada pelawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, tumpuan kini kembali terarah kepada saingan Piala Malaysia.

Di saingan Kumpulan B, JDT dan PJ City FC, masing-masing mempunyai peluang untuk menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan B – sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir – sekiranya menang perlawanan pada malam ini.

Kerana itulah pertemuan PJ City FC dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) wajar menjadi tumpuan untuk kita sama-sama saksikan satu lagi pelawanan menarik membabitkan kedua-dua pasukan.

Safawi Rasid JDT PJ City
FOTO: JST

Di atas kertas, PJ City FC sepertinya sebuah pasukan yang kerdil untu kelab sebesar JDT. Namun kita semua mengetahui sejarah pertemuan kedua-dua pasukan sejak dari musim lalu.

Untuk saingan Liga Super, kedudukan kedua-dua pasukan disifatkan seimbang. JDT menewaskan PJ City 1-0 di Petaling Jaya, namun tewas dengan jumlah jaringan yang sama dalam perlawanan di Larkin pada Julai lalu.

Pertemuan pertama Kumpulan B membabitkan kedua-dua pasukan juga mencuri tumpuan apabila anak buah K. Devan seperti berjaya bangkit untuk mengikat lawan 2-2 di Larkin, sebelum dua gol oleh Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera mengesahkan kemenangan 4-2 JDT di Larkin.

Kedua-dua pasukan kini hanya dipisahkan dengan satu mata selepas 4 perlawanan. Walaupun mengakui ianya sukar, Aidil Zafuan tetap melaungkan keyakinan tiga mata penuh bakal menjadi milik JDT pada malam ini.

Kami sepasukan bersedia dari segi mental dan fizikal serta bersemangat untuk perlawanan bertemu pasukan PJ City FC….

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, September 12, 2019

“Kami sepasukan bersedia dari segi mental dan fizikal serta bersemangat untuk perlawanan bertemu pasukan PJ City FC.

“Walaupun bermain di tempat lawan, kami akan berusaha memberikan aksi yang terbaik untuk membawa pulang tiga mata,” ujar beliau melalui satu kenyataan melalui media sosial kelab tersebut.

JDT mungkin akan merehatkan beberapa pemain utama yang terlibat dengan skuad kebangsaan di saingan kelayakan menentang Indonesia tempoh hari seperti Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Corbin Ong, Akhyar Rashid dan juga Syamer Kutty Abba.

Namun JDT mempunyai skuad yang besar dan mempunyai barisan pemain gantian yang mampu mengisi posisi-posisi yang ditinggalkan pemain ini.

PJ FC City yang mensasarkan untuk mara ke separuh akhir pula kelihatan bersemangat untuk meneruskan misi mereka pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN