Piala Malaysia 2019: Penyokong Pahang Lega Lawan Kedah Di Darul Aman Dahulu

Sebagai antara pencabar utama, kemaraan pasukan Pahang ke separuh akhir Piala Malaysia 2019 sememangnya diterima baik oleh penyokong mereka.

Kemenangan selesa agregat 6-1 ke atas Melaka United menyaksikan persembahan penuh menyakinkan skuad Dollah Salleh untuk ke pusingan seterusnya.

Lawan mereka untuk separuh akhir adalah pemenang Shopee Piala FA 2019 iaitu Kedah. Semestinya satu lagi perlawanan menarik bakal kita dapat saksikan kelak.

Tinjauan yang dilakukan di laman Facebook Pahang FA menyaksikan penyokong mereka teruja untuk bertemu Kedah.

Lebih menarik, ada diantara penyokong Pahang gembira kerana pasukan mereka akan beraksi di tempat lawan terlebih dahulu.

Hal ini kerana, beberapa aksi timbal balik sebelum ini menyaksikan jika Pahang bermain di Darul Makmur terlebih dahulu, mereka akan tewas pada perlawanan kedua dan seterusnya tersingkir dari kejohanan.

Pekat betul loghat rodong kita ni.

Selain lega kerana Pahang akan beraksi di Darul Aman terlebih dahulu, penyokong mereka juga turut mengharapkan Malaysian Football League (MFL) akan bertindak bijak dalam mengatur tarikh perlawanan.

Ingat ya MFL!

Malah ada juga yang mahu perlawanan diadakan pada hari Ahad dengan alasan stadium akan penuh pada hari tersebut!

Lebih menarik, ada yang mengharapkan agar bekas bintang mereka yang kini bermain untuk Kedah, Azamuddin Akil tidak akan beraksi cemerlang menentang Pahang.

Mampukah Pahang mara ke perlawanan akhir? Atau Kedah yang akan bertemu salah satu pasukan antara Johor Darul Ta’zim dan juga Selangor? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN