Piala Malaysia 2019: Pahang Mahu Konsisten Dan Kutip Tiga Mata Di Bandaraya

Pahang Piala Malaysia Latihan

Walaupun sudah layak ke suku akhir sebagai juara Kumpulan C, Pahang tidak mengambil mudah aksi terakhir kumpulan, Piala Malaysia 2019 berdepan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.

Selepas menang empat aksi awal, Pahang tewas 1-3 kepada Perak pada minggu lalu biarpun telah menurunkan barisan utama. Berdepan Pulau Pinang, dijangkakan beberapa pemain akan direhatkan termasuk kapten pasukan, Matthew Davies.

Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang ketika dihubungi Berita Harian berkata, kemenangan harus diburu bagi mempersiapkan pasukan di peringkat suku akhir nanti.

Menurutnya, Pahang sebagai sebuah pasukan yang berkualiti, aksi konsisten perlulah dipamerkan dan menggunakan segala peluang sebaiknya, agar tiga mata akan diraih di perlawanan terakhir ini.

“Mereka (pemain) tidak sepatutnya menunjukkan aksi sambil lewa walaupun sudah mengesahkan mara ke suku akhir dan sebagai pasukan yang mempunyai pemain berkualiti, skuad Pahang perlu mempamerkan aksi lebih konsisten.

“Memanglah kita sudah layak, tapi itu tidak bermakna pasukan kita tidak mempunyai kelemahan. Kalau boleh, baki perlawanan peringkat kumpulan digunakan sebaik mungkin untuk mengutip tiga lagi mata,” ujar Suffian mengenai pertembungan terakhir ini.

Norshahrul Idlan Pahang Pulau Pinang Piala Malaysia
Aksi Norshahrul Idlan Talaha ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur. FOTO: Pahang FA

Pulau Pinang juga dalam misi penting memburu kemenangan bagi memintas kedudukan Perak untuk melangkah ke suku akhir sambil mengharapkan The Bos Gaurus tumbang di Likas kepada Sabah.

Oleh itu, pertembungan Pahang dan Pulau Pinang ini tetap akan menjadi tumpuan para penyokong kedua-dua pasukan bagi melihat sejauh mana kemampuan pasukan masing-masing.

Dalam pertembungan di Darul Makmur pada 3 Ogos lalu, Pulau Pinang hampir mengejutkan Tok Gajah dengan persembahan cemerlang apabila meledak gol awal, jaringan Julian Bottaro.

Bergelut mencari rentak sejak awal aksi, akhirnya Pahang berjaya menemui sentuhan jaringan dan penguasaan perlawanan selepas jaringan penalti oleh Dickson Nwakaeme, diikuti jaringan oleh Mohamadou Sumareh dan juga pertahanan, Muslim Ahmad.

Pahang yang sudah layak sebagai juara kumpulan mengumpul 12 mata, diikuti Perak dengan lapan mata, Pulau Pinang dengan lima mata dan Sabah yang sudah tersingkir dengan tiga mata.

Kredit Featured Image: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN