Piala Malaysia 2019: Melaka United Sedia Hadapi Pahang di Suku Akhir

Melaka

Selepas berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, Melaka United kini tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan berazam untuk meraih kejayaan yang lebih besar dalam kejuaraan tersebut.

Skuad Hang Tuah itu menamatkan saingan peringkat kumpulan D di tangga kedua dengan lapan mata selepas terikat 2-2 dalam perlawanan terakhir di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mahu anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila berhadapan pasukan Pahang pada Ahad ini.

Dalam temuramahnya bersama wartawan Bernama, Zainal menegaskan perlawanan suku akhir pertama itu sangat penting untuk pasukannya dan mereka akan bekerja keras menjelang pertemuan tersebut.

Zainal yang pernah membimbing pasukan Pahang berharap para pemain yang dilanda kecederaan dapat segera pulih agar dapat menumpukan latihan memandangkan tempoh masa yang ada untuk membuat persiapan agak singkat.

“Apa yang penting fokus kita selepas ini dan saya berharap pemain-pemain utama seperti Faris Shah Rosli dan Nazrin Nawi segera pulih dan dapat kembali beraksi membantu pasukan ini,” ujar bekas penyerang kebangsaan itu.

Fokus utama pasukan Melaka United kini adalah untuk meningkatkan prestasi dan mempertajamkan barisan serangan bagi mencari gol penting sebagai bekalan sebelum bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk pertemuan kedua.

“Pada suku akhir nanti, sudah tentu hanya satu pasukan akan layak, kita perlu mempamerkan peningkatan daripada segi menjaringkan gol kerana kehilangan penyerang utama, Davy Angan dan kita juga akan lebih berhati-hati terutama bertemu Pahang iaitu sebuah pasukan yang kuat.

Mengulas tentang perlawanan menentang PDRM, Zainal memuji kesungguhan anak buahnya yang bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan sekaligus mengutip satu mata penting yang membawa mereka ke peringkat seterusnya.

“Saya berpesan kepada mereka, perlawanan ini seperti pertandingan akhir, setiap pemain mahu teruskan usaha mereka dan ia dapat dilihat kesungguhan mereka yng digandakan selepas ketinggalan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN