Piala Malaysia 2019: Mehmed Durakovic Percaya Sentuhan Ronaldo Akan Kembali

Ronaldo Perak

Pengendali Perak, Mehmed Durakovic masih menaruh kepercayaan kepada penyerang import, Ronaldo Silva dalam aksi menentang Pahang untuk perlawanan kelima Piala Malaysia 2019, malam ini.

Hanya meledak satu gol dalam kempen Piala Malaysia sehingga kini iaitu ketika terikat 1-1 menentang Pulau Pinang di Stadium Perak, Ipoh, Mehmed Durakovic mahu peledak kelahiran Brazil itu untuk kembali dengan sentuhan gol ketika menentang Pahang.

Memahami penyerang berusia 28 tahun itu dalam tekanan yang tinggi ketika ini dan juga kekecewaan dirinya terhadap sentuhan buntu Ronaldo, pengendali berpengalaman itu masih akan memberikannya ruang dan peluang untuk membaikinya.

“Saya sentiasa menyokong pemain yang telah memberikan 100 peratus ketika dalam latihan dan bekerja keras untuk pasukan,” ujarnya yang dipetik menerusi portal The Star.

“Pemain sayap dan tengah telah mencipta banyak peluang buat Ronaldo, dan saya faham kekecewaan para penyokong. Ronaldo akan kembali dengan sentuhannya kerana dia miliki kelas tersendiri serta kualiti,” tambah pengendali kelahiran Australia itu lagi.

Masuk menggantikan Gilmar pada jendela perpindahan kedua Liga Super pada Mei lalu, Ronaldo telah meledak enam gol dalam saingan liga dan sembilan gol dalam keseluruhan pertandingan.

“Kita perlulah sentiasa positif dan sentiasa memberikan semangat kepada para pemain. Kami mahu Ronaldo kembali menemui sentuhan jaringannya, dan semua pemain telah berjanji akan saling bekerja sama membantu rakan-rakan,” ujarnya lagi.

Berdepan Pahang adalah perlawanan yang sukar buat Mehmed Durakovic dalam misi mahu memastikan Perak melangkah ke pusingan suku akhir sambil mengharapkan sokongan penyokong.

Beraksi di laman sendiri, sudah pasti pengendali berusia 53 tahun itu menagih sokongan padu para penyokong apabila ketika ini mereka terikat lima mata bersama Pulau Pinang dengan Pahang sudah mengesahkan tiket ke suku akhir tempohari.

“Pahang memiliki pemain yang bagus. Jadi, kita kena bergantung dengan diri kita sendiri dan sokongan para penyokong (untuk meraih kemenangan),” ujar Mehmed Durakovic sambil menjelaskan akan melihat terlebih dahulu keadaan pemain-pemain yang baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan.

Kredit Featured Image: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN