Piala Malaysia 2019: Mehmed Durakovic Mahu Anak Buah Kerja Keras Pertahan Kejuaraan

Mehmed

Juara bertahan Piala Malaysia, Perak dijangka berdepan laluan sukar dalam misi mempertahankan trofi kejohanan paling tertua di Asia Tenggara itu selepas diundi bersama Pahang, Pulau Pinang dan juara baharu Liga Premier, Sabah dalam saingan Kumpulan C.

Atas kertas, Perak diramalkan tidak berdepan masalah untuk melepasi saingan awal bersama pasukan pilihan kedua iaitu naib juara Liga Super, Pahang.

Namun, jurulatih The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic tidak mahu memandang mudah cabaran daripada dua wakil Liga Premier termasuk juara Sabah dan Pulau Pinang yang dianggap memiliki kualiti setanding dengan pasukan Liga Super.

Jelas Durakovic yang pernah melakar sejarah Piala Malaysia apabila menjadi pemain import pertama membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia tiga kali berturut-turut bermula tahun 1995 ketika bersama Selangor, beliau tidak mahu pemain-pemainnya masih dibuai kejayaan manis menundukkan Terengganu di pentas final musim lalu.

Sebaliknya Durakovic menuntut komitmen tinggi daripada anak buahnya kerana beliau menyedari perjalanan Perak lebih sukar berbanding tahun lalu memandangkan 15 lagi pasukan pencabar turut memasang impian mahu bergelar juara Piala Malaysia musim ini.

Sebagai rekod, Perak memenangi Piala Malaysia 2018 dengan penuh dramatik apabila menewaskan Terengganu 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 dalam tempoh 120 minit di Stadium Shah Alam.

Wakil pasukan yang bertanding dalam saingan Piala Malaysia 2019.

“Tidak mudah untuk mengatakan Perak akan menjuarai Piala Malaysia sama seperti musim lalu kerana kami perlu sedar cabaran mempertahankan kejuaraan lebih sukar berbanding merebut kejuaraan.

“Namun ia bukan alasan buat Perak untuk tidak memberikan komitmen lebih daripada 100 peratus kerana kami juga memiliki misi sama seperti 16 pasukan lain iaitu mahu menjadi juara Piala Malaysia bagi musim 2019.

“Bercakap mengenai undian kali ini, saya menganggap Perak berada di dalam kumpulan agak sukar kerana semua mengetahui kualiti Pahang, Pulau Pinang dan Sabah. Sabah baru sahaja menjadi juara Liga Premier manakala Pulau Pinang tidak kurang hebatnya atau mungkin setanding dengan pasukan Liga Super.

“Apapun perjuangan harus diteruskan dan misi kami adalah mahu cuba sedaya upaya mempertahankan trofi Piala Malaysia. Saya berharap kami dapat mengulangi kejayaan manis itu sekali lagi,” katanya yang kini mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Kedah di final Shopee Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Sementara itu, pasukan pencabar kejuaraan yang masih segar dengan gelaran juara enam kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) diundi bersama Petaling Jaya City FC (PJ City), PKNP FC dan UiTM FC dalam Kumpulan B.

Manakala finalis Shopee Piala FA 2019 Kedah diundi bersama Terengganu FC (TFC), PKNS FC dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan A sementara juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor, Melaka, Felda United dan PDRM diundi dalam Kumpulan D.

Kejohanan Piala Malaysia 2019 yang menggunakan format perlawanan timbal balik di peringkat kumpulan, bakal membuka tirai bermula 2, 3 dan 4 Ogos depan.

Kredit foto: Malaysian Football League Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN