Piala FA: KFA Akan Buat Rayuan Agar Renan Alves Dapat Beraksi Di Final

Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2019, pasukan Kedah secara teknikalnya kehilangan khidmat Renan Alves kerana penggantungan.  Ianya tamparan yang hebat kepada pasukan Kedah kerana pemain itu antara pemain terbaik mereka musim ini.

KFA dalam kenyataan mereka menerusi akaun facebook rasmi menyatakan:

“Mengenai perkembangan terkini kad merah Renan Alves dalam perlawanan terakhir Liga Super 21 Julai baru-baru ini, KFA telah mendapat maklumbalas dari MFL dan FAM, Renan Alves akan menjalani penggantungan 1 perlawanan berikutnya iaitu Perlawanan Akhir Shopee Piala FA. Ini adalah berdasarkan peraturan tindakan tatatertib pertandingan kejohanan Liga Malaysia.”

“Untuk makluman penyokong sebelum ini penggantungan hanya akan memberi kesan dalam perlawanan seterusnya dalam kejohanan yang sama tetapi dalam kes kad merah yang diterima dalam perlawanan terakhir sesuatu kejohanan, pengggantungan akan dijalankan dalam perlawanan seterusnya dalam kejohanan lain.”

“KFA akan membuat rayuan segera kepada MFL agar dipertimbangkan tafsiran penggantungan perlawanan seterusnya adalah dalam kejohanan Piala Malaysia dan bukan Shopee Piala FA. Menurutnya wajar dilihat semangat kejohanan dengan pemain telah berusaha bebas dari penggantungan dalam kejohanan yang sama sehingga ke peringkat Akhir dan peraturan penggantungan dalam kejohanan seterusnya perlu dilihat kejohanan yang akan bermula pada 2-4 Ogos ini iaitu Piala Malaysia.”

Dalam sidang media rasmi kelab, Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Anas Mustaffa sudah sedia maklum bahawa Renan Alves tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu – selepas pihaknya menghubungi MFL.

Anas berkata: “Kita sudah periksa dengan pihak MFL, dan juga FAM, kita dimaklumkan memang Renan tidak boleh bermain.”

“Tetapi kita di pihak KFA akan membuat rayuan agar perkara ini dipertimbangkan. Ada sedikit, macam kekeliruan sebab, [ini] perlawanan Piala FA, [sedangkan] beliau kena kad itu dalam perlawanan liga.”

“Tapi kalau ikut pada peraturan yang ada pada MFL dan FAM, pegawai kita pun dah semak, memang jawapan lisan yang kita terima, memang Renan tak dapat bermain. Tetapi kita di pihak KFA akan membuat rayuan rasmi pada hari ini. Dan kita berharap pihak MFL memberikan pertimbangan sewajarnya.

Pada pandangan kami, pihak KFA seharusnya lebih arif dalam perkara ini. Hal ini kerana pertandingan domestik termasuk liga dan pertandingan piala di bawah MFL memang akan ada perkaitan. Peraturan ini sudah lama digunakan dalam Liga Malaysia (merangkumi semua pertandingan liga utama dan pertandingan piala).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN