Kejayaan mengikat juara bertahan Piala Malaysia, Perak 1-1 di Ipoh dalam perlawanan terakhir pusingan pertama memberi kelegaan buat pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abd Wahid dalam aksi ketiga Kumpulan C, Piala Malaysia 2019, pada Sabtu.
Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, pengendali berusia 42 tahun itu menzahirkan rasa syukurnya selepas berjaya mencuri sekurang-kurangnya satu mata di halaman lawan.
HIGHLIGHTS 2019 PM3 PERAK LWN PULAU PINANG
SOROTAN PERLAWANAN PM3
Perak terpaksa berpuas hati apabila hanya mencatat keputusan sekadar seri 1-1 menentang Pulau Pinang dalam perlawanan ketiga Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.
Gol pendahuluan The Bos Gaurus terhasil pada minit ke-12 hasil jaringan Ronaldo yang mendapat hantaran lintang daripada J. Partiban.
Anak buah Mehmed Durakovic terus mengasak namun beberapa peluang yang dicipta tidak disempurnakan dengan baik dan Pulau Pinang yang juga cuba membuat serangan balas gagal mencari gol penyamaan untuk menembusi kubu lawan.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menerusi Casagrande berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-63.
Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, Perak mengatur kembali serangan namun tidak dapat menambah jaringan dan keputusan seri kekal hingga tamat perlawanan.
#PialaMalaysia2019
Posted by Malaysian Football League on Saturday, August 17, 2019
“Pertama sekali, syukur alhamdulillah. Kita berjaya membawa satu mata pulang ke Pulau Pinang memandangkan pasukan yang kita bermain malam ini adalah juara bertahan Piala Malaysia 2018.
“Satu tugas yang sukar kerana Perak juga menguasai perlawanan dan dapat banyak peluang, tapi alhamdulillah, kita berjaya juga untuk dapat satu mata di sini,” ujar Manzoor Azwira.
Perak terlebih dahulu mendahului perlawanan pada minit ke-12 hasil jaringan Ronaldo sebelum Casagrande berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 untuk pelawat bagi membolehkan kedua-dua pasukan hanya berpuas hati dengan satu mata.
“Saya amat bangga kerana dapat 1 mata di Ipoh”
Ini pula merupakan reaksi ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira selepas tamat perlawanan #PRKPEN di Stadium Perak.
#PialaMalaysia2019
#MFLLivePosted by Malaysian Football League on Saturday, August 17, 2019
Dalam pusingan pertama, Pulau Pinang beraksi dua kali di halaman lawan dan telah mengumpul 4 mata daripada 9 mata maksimum. Di Stadium Bandaraya, Harimau Kumbang berjaya meraih 3 mata penuh ketika menundukkan Sabah 2-1 di perlawanan kedua.
Oleh itu, dalam pusingan kedua selepas ini, Pulau Pinang akan beraksi dua kali di halaman sendiri iaitu berdepan Perak serta Pahang dan pastinya mata penuh akan menjadi buruan.
“Dan pastinya apabila bermain di tempat sendiri, kami mempunyai kelebihan di situ. Dengan para penyokong akan akan memberi sokongan yang kuat kepada pasukan, saya rasa insyaAllah kita akan cuba buat yang terbaik untuk dapatkan tiga mata.
“Dan mungkin seterusnya layak ke suku akhir Piala Malaysia,” tambahnya sambil menyatakan perlawanan berdepan Perak di Bandaraya pasti akan cuba dimanfaatkan sepenuhnya.
Bercakap tentang keputusan menentang Perak, Manzoor Azwira menjelaskan yang faktor gemuruh menjejaskan rentak pemainnya di babak pertama dan beliau telah menyuntik semangat untuk membawa pulang satu mata buat para penyokong.
Kali terakhir Pulau Pinang beraksi di Piala Malaysia adalah pada edisi 2015 dan mereka hanya menamatkan saingan di peringkat kumpulan dengan berada di kedudukan ketiga kumpulan.
Kredit Featured Image: Malaysian Football League (MFL)