Piala Malaysia 2019: Lee Tuck Teruja Berdepan Skuad Jang

Lee Tuck Terengganu FC

Pemain berdarah kacukan Malaysia-England, Lee Tuck mengakui sangat teruja untuk berdepan bekas pasukannya, Negeri Sembilan dalam perlawanan ketiga Piala Malaysia 2019, malam nanti.

Negeri Sembilan merupakan pasukan pertama yang disertainya setiba di Malaysia dan ini merupakan pertemuan sulungnya untuk menentang bekas pasukannya itu selepas berhijrah ke Terengganu FC bermula pada musim 2018 sehingga kini.

“Saya sangat teruja dan tidak sabar berdepan kelab lama saya selepas hampir setahun tidak bertemu kerana berlainan liga.

“Seperti mana dengan kelab saya sekarang TFC, saya juga gembira ketika bersama pasukan itu dan banyak kenangan manis bersama mereka, pastinya ia sesuatu yang menarik apabila menentang pasukan itu,” ujarnya dipetik daripada portal Harian Metro.

Lee Tuck merupakan tonggak utama Negeri Sembilan pada musim 2017 dan membantu mereka meraih promosi ke Liga Super 2018 dengan menyumbang lima gol daripada 20 penampilannya.

Bercakap mengenai Piala Malaysia, pemain berusia 31 tahun itu berharap Terengganu FC akan melangkah ke suku akhir lebih awal dan menekankan kemenangan 2-0 ke atas Kedah tempohari menambah keyakinan dan semangat para pemain.

Sang Penyu berjaya menewaskan Lang Merah di halaman lawan dengan 45 minit beraksi kurang seorang pemain selepas penjaga gol, Ilham Amirullah dibuang padang akibat layangan kad merah.

“Matlamat saya mudah iaitu untuk tambah mata, jadi fokus saya kini ialah menang bertemu Negeri Sembilan terlebih dahulu bagi mengintai peluang lebih awal layak ke suku akhir,” ujarnya.

“Keyakinan saya dan rakan sepasukan kini sangat tinggi, ia dapat dilihat daripada dua perlawanan sebelum ini terutama ketika menewaskan Kedah 2-0 biarpun beraksi dengan sepuluh pemain.

“Ia sangat menakjubkan,” tuturnya sambil menyatakan mereka tetap perlu fokus untuk perlawanan malam ini biarpun lawan mereka beraksi di Liga Premier dan telah tewas dua kali.

“Kesungguhan dan kerjasama harus dikekalkan selain kami tidak boleh leka dengan situasi selesa kerana ia boleh mengundang duka buat kami dalam misi mendapat tiga mata.

“Justeru kami perlu terus fokus dan menyelesaikan tugas kami dengan baik,” tambah kapten Terengganu FC itu lagi.

Kredit Featured Image: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN