Piala Malaysia 2019: Kembar Bertemu di Final, Ibu Bingung Mahu Doakan Zaquan Atau Aidil

Pasangan kembar, Zaquan Adha Abdul Razak dan Adil Zafuan Abdul Razak tidak perlu diperkenalkan dalam arena bola sepak negara. Menariknya, perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mempertemukan mereka berdua.

Sepanjang 13 tahun karier mereka berdua dalam kancah bola sepak tempatan, ini adalah kali pertama mereka akan turun di pentas akhir kejuaraan domestik mewakili pasukan yang berbeza.

Kedua-dua mereka sebelum ini bermain dalam satu pasukan sewaktu bersama Negeri Sembilan dan JDT. Zaquan kemudiannya mengangkat kaki dari JDT pada 2017 untuk menyertai beberapa pasukan iaitu Perak, Kuala Lumpur dan kini bersama Kedah.

Sementara Aidil pula terus kekal menjadi watak penting di JDT sehingga hari ini dan mengecapi karier gemilang dengan meraih pelbagai kejuaraan bersama skuad Harimau Selatan itu.

Zaquan Adha ketika dihubungi Stadium Astro menjelaskan, beliau dan abang kembarnya sentiasa memohon doa dan restu daripada ibu mereka setiap kali sebelum perlawanan berlangsung.

“Kami selalunya akan menghubungi ibu menjelang perlawanan dan apabila mengetahui bakal berdepan JDT dalam final, ibu tidak tahu ingin mendoakan kejayaan bagi saya atau Aidil. Jadi siapa yang menang dalam final, itu rezeki masing-masing. Semoga berjaya buat JDT dan Aidil,” kata Zaquan.

Zaquan dalam musim pertamanya di Kedah tahun ini berjaya membantu pasukannya menjulang Piala FA. Dalam saingan Piala Malaysia pula, Kedah mara ke perlawanan akhir selepas menempuh cabaran getir bertemu Pahang di peringkat separuh akhir tempoh hari.

Kredit Foto: The Star Online

Selepas terikat 3-3 di Alor Setar, kedua-dua pasukan membuat perhitungan dalam perlawanan kedua di Stadium Kuantan pada Sabtu lepas yang menyaksikan permainan diheret ke masa tambahan dan berakhir seri 5-5. Namun Kedah layak ke perlawanan akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

Zaquan mengakui perlawanan tersebut akan menjadi kenangan manis dalam kerjayanya dan akan kekal dalam memorinya sepanjang hayat.

“Perlawanan ini menguji tahap kesabaran dan mental pemain-pemain. Agregat 8-8 merupakan jaringan terbanyak dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia,” katanya lagi.

Rakan sepasukan beliau yang juga kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar turut mengakui perkara yang sama.

“Saya telah beraksi bersama Kedah selama 14 tahun. Ini merupakan perlawanan paling dramatik dan jika kami gagal ke final, penyokong tetap akan berpuas hati dengan persembahan kami,” kata Baddrol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN