Piala Malaysia 2019: Itulah Bola Sepak, Renan Alves ‘Okay’

Renan Alves Kedah

Ini adalah kali kedua buat pertahanan kental Kedah, Renan Alves untuk terlepas aksi di pentas final, selepas kali pertama melaluinya pada Julai 2019 ketika Kedah menentang Perak di final Piala FA.

Pada Julai lalu, Renan Alves yang tidak dapat menerima kenyataan telah membuat rayuan melalui Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dibenarkan beraksi di perlawanan akhir namun ianya telah ditolak.

Itu menyebabkan dia kecewa kerana tidak dapat membantu rakan sepasukan namun, hasil keajaiban sentuhan Aidil Sharin Sahak, Helang Merah berjaya meraih gelaran Piala FA 2019, menang 1-0 ke atas Perak biarpun beraksi tanpa Renan Alves untuk 120 minit.

Ketika ditanyakan kepada pengendali Kedah, Aidil Sharin mengenai reaksi Renan Alves selepas mengetahui penggantungannya kali ini, pertahanan tengah itu dikatakan menerimanya dan pasukan juga telah diminta bersedia dengan kemungkinan tersebut.

“Setakat ini, [Renan Alves] okay. Itulah bola sepak. Normal untuk pemain bola sepak digantung perlawanan,” jelas Aidil Sharin yang telah dihubungi Semuanya BOLA berkenaan pemain tersebut.

“Ya, sedih [beraksi] tanpa dua pemain terbaik dalam pasukan tetapi insyaAllah, kita harus percaya pemain-pemain lain,” tambahnya lagi mengenai situasi dan kesediaan pasukan untuk beraksi tanpa dua tonggak utama di benteng, Renan Alves dan Rizal Ghazali.

Kedua-dua pemain telah disahkan akan terlepas pentas akhir Piala Malaysia 2019 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu ini dan Aidil Sharin perlu mencongak strategi ampuh untuk menahan asakan berbisa jentera serangan skuad kendalian Benjamin Mora.

Ditanya mengenai status pemain-pemain lain, pengendali berusia 42 tahun itu menyatakan semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan dan dalam mood terbaik menjelang aksi Sabtu ini.

“Kami mahu menikmati peluang yang telah berjaya raih ini,” tambahnya lagi mengenai perlawanan menentang JDT nanti.

“Kami akan turun sebagai pasukan bukan pilihan, kerana semua tahu kekuatan JDT dan mereka adalah pasukan pilihan. Pada saya, final adalah final, apa sahaja boleh berlaku,” ujarnya lagi.

Begitupun, Aidil Sharin dilihat masih berteka-teki dengan apa yang sedang direncana untuk membaiki kelompongan kepada skuadnya di benteng biarpun terdapat perkhabaran mengenai pemain seperti Amirul Hisyam Awang Kechik yang akan kembali mengisi posisi Renan Alves sebagaimana di perlawanan akhir Piala FA.

Kredit Featured Image: Shahrizal Md Noor/Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN