Luqman Haziq Pacu Terengganu Juarai ePiala Malaysia 2019

ePiala Malaysia

Pemain kompetitif eSport FIFA, Muhammad Luqman Haziq menepati ramalan untuk dinobatkan sebagai juara Kejohanan ePiala Malaysia 2019 selepas berjaya menewaskan Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg dalam aksi Grand Final yang berlangsung semalam.

Luqman yang mewakili pasukan Terengganu FC (TFC) tidak berdepan masalah untuk menguasai keseluruhan perlawanan apabila mudah menundukkan lawan yang juga dikenali sebagai Bale mewakili pasukan Melaka dengan keputusan 2-0.

Kemenangan ini ibarat mengubati kekecewaan pemain berusia 22 tahun itu kerana berdasarkan rekod pertemuan mereka, Luqman tewas kepada Bale dalam aksi final Selangor Cyber Games 2019 (SCG), Sabtu lalu.

Namun, disebalik kemenangannya, pemain yang kini di ranking nombor 1 negara itu sebenarnya sedang bergelut dengan masalah penglihatan apabila baru sahaja selesai melakukan pembedahan mata pada minggu lalu.

“Ketika beraksi, memang saya terasa kurang selesa kerana keadaan mata saya yang masih belum pulih sepenuhnya dan agak kering pada waktu itu.

“Jadi, saya hanya bertahan sahaja kerana sudah separuh jalan dan saya tetap fokus daripada awal untuk akhirnya menang dalam kejohanan ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong termasuklah Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang tidak pernah putus memberi sokongan sejak awal.

“Apa yang penting, saya dapat melihat inisiatif daripada MFL yang menganjurkan ePiala Malaysia ini sudah berjaya menarik minat orang ramai dan berharap kejohanan seperti akan terus diadakan Pada tahun hadapan,” katanya.

Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale)

Bale selaku naib juara menyifatkan perlawanan tersebut sukar dijangka di mana Luqman sememangnya layak untuk bergelar juara berdasarkan momentum yang ditampilkan dalam aksi Grand Final ini.

Walaubagaimanapun, dia ingin melupakan kekalahan ini dan berharap masih diberi peluang untuk terus mempertaruhkan aksi dalam kejohanan sukan elektronik akan datang yang dianjurkan oleh Malaysian Football League (MFL) termasuklah kejohanan yang berkonsepkan Piala FA pula pada tahun hadapan.

“Dalam FIFA ni, kadang-kadang nasib tu main peranan juga dan saya tidak nafikan Luqman memang mengawal keseluruhan permainan untuk menang.

“Namun, selepas kejohanan ini, impian saya adalah untuk terus berpeluang menjadi sebahagian daripada pesaing untuk beraksi dalam kejohanan berkonsepkan Liga Malaysia daripada MFL pada tahun hadapan.

“Saya percaya selepas kejohanan ePiala Malaysia ini, mesti ramai lagi pemain-pemain FIFA yang lain ingin turut serta dan ia pastinya akan menjadi kejohanan yang akan mendapat perhatian meluasa daripada industri sukan elektronik”, katanya.

Luqman berjaya membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan Bale selaku naib juara akan menerima sebanyak RM3,000 manakala tempat ketiga dan keempat yang dimenangi oleh Ahmad Shahrin Shaharudin mewakili pasukan Kedah dan Iskandar Mirza Bin Mohd Mustafa dari Selangor akan membawa pulang sebanyak RM1,000.

Majlis penyampaian hadiah dan trofi akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada esok bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN