Piala Malaysia 2019: Ini Satu Tamparan Hebat Buat Saya, Keluh K. Devan

Pengendali PJ City FC, K. Devan menyatakan kepada The Star yang ini merupakan kali pertama dirinya berdepan masalah sebegini sejak bergelar jurulatih dan baginya ia satu tamparan hebat.

Pemain-pemain PJ City telah disahkan dijangkiti Influenza B dan perlawanan penentuan satu slot ke suku akhir dari Kumpulan B, Piala Malaysia 2019 antara PJ City dan PKNP FC telah mendapat lampu hijau untuk ditunda kepada 20 September ini.

“Ini merupakan kali pertamanya dalam karier kejurulatihan saya menghadapi masalah sebegini. Kehilangan 35 peratus daripada keseluruhan skuad adalah satu tamparan hebat buat saya,” ujarnya.

K. Devan telah mengendalikan hampir sembilan pasukan sejak bergelar jurulatih bermula pada 2004. PJ City adalah pasukan ke-9 dan telah mula dilantik sebagai pengendali sejak Disember 2017.

“Pihak pengurusan juga sedang memantau situasi ini dan akan bermesyuarat esok (hari ini) samaaada kita perlu memohon untuk melanjutkan lagi tempoh penundaan perlawanan tersebut.

FOTO: PJ City FC

“Ini kerana, terdapat juga risiko untuk pemain lawan terkena jangkitan ketika menentang kita,” tegas K. Devan lagi.

Menurutnya, apa yang diharapkannya ketika ini adalah PJ City tidak terus kehilangan pemain dalam masa terdekat ini kerana ketika ini sudah lapan pemain disahkan dijangkiti Influenza B. Tambahnya lagi empat pemain turut menampakkan simptom dijangkiti.

Selain itu, pengendali berusia 58 tahun itu turut berkata biarpun perlawanan telah ditunda, masalah ini sebenarnya menjejaskan perancangannya menjelang aksi penentuan antara kedua-dua pasukan tersebut – ramai tidak dapat menghadiri sesi latihan.

“Kami sedang memantau keadaan pemain. Kami tidak boleh kehilangan lagi pemain. Pemain yang dijangkiti sudah tentu bergelut untuk berada pada tahap terbaik kerana mereka tidak menyertai sesi latihan,” jelasnya lagi sambil menyatakan situasi ini mungkin lebih baik jika mereka tidak tewas kepada JDT tempohari.

“Kita tidak akan berada pada situasi sebegini jika sekurang-kurangnya kita merekodkan keputusan seri bertemu JDT di gelanggang sendiri (tempohari),” tambah K. Devan lagi.

Berdasarkan rekod, ini merupakan kes ketiga yang melibatkan jangkitan virus Influenza B di Liga Malaysia selepas perlawanan yang melibatkan JDT menentang PJ City pada 10 Julai dan diikuti PKNS FC menentang  Melaka United pada 12 Julai yang lalu.

Kredit Featured Image: NSTP / Zulfadhli Zulkifli

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN