Piala Malaysia 2019: Harris Harun Tak Anggap SNBJ Sebagai Gelanggang ‘Badi’ Buat JDT

Ketua pasukan JDT, Hariss Harun tidak berasakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang ‘badi’ kepada skuad Harimau Selatan selepas kali terakhir mereka tewas pada 2014 di tangan Pahang pada pentas final Piala Malaysia.

Menurut pemain dari Singapura berkenaan, keputusan pada lima tahun lalu sudah menjadi sejarah dan mereka mahu membuat lembaran baharu memburu kejuaraan kedua Piala Malaysia pada perlawanan akhir berdepan Kedah.

“ Apa yang sudah lepas dan apa yang terjadi, sudah menjadi sejarah dan esok kami berpeluang membuat sejarah baharu kepada JDT, saya serta rakan-rakan hanya fikirkan apa mahu dilakukan dalam perlawanan.

“ Ada sahaja beberapa gelanggang kami pernah pergi sebelum ini keputusan tidak baik kepada kami tetapi akhirnya berjaya mendapatkan keputusan yang baik, jadi saya harap perkara sama akan berlaku di sini serta mahu hadiahkan kemenangan kepada penyokong-penyokong JDT.

“Saya harap kombinasi bersama pemain lain di bahagian tengah dengan Leandro Velazquez serta Afiq Fazail akan memberikan kekuatan tambahan kerana persefahaman antara kami bertiga semakin baik dalam tiap perlawanan, ” katanya.

Kali terakhir JDT muncul juara pada 2017 menewaskan Kedah, Hariss tidak beraksi apabila dipinjamkan ke Home United pada penghujung musim yang ketika itu dikendalikan jurulatih Kedah pada masa ini, Aidil Sharin Sahak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN