Previu Final Piala Malaysia: JDT, Kedah Mahu Akhiri Kempen Dengan ‘Domestic Double’

Kedah dan JDT akan berentap di final pada malam ini. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang sudah bersedia untuk final.

Ini merupakan perlawanan ulangan final Piala Malaysia 2017, di mana ketika itu JDT juara selepas menang 2-0 ke atas Kedah.

Perlawanan ini akan diadili oleh  Nazmi Nasaruddin sebagai ketua pengadil.

Pengadil

Laluan ke final

JDT menjadi juara kumpulan B dengan mengutip 16 mata daripada 6 perlawanan. Kedah menjadi juara kumpulan A dengan 13 mata daripada 6 perlawanan.

Pada peringkat suku akhir JDT menewaskan pasukan Terengganu. Kedah pula mengatasi cabaran PKNP FC.

Dalam peringkat separuh akhir, JDT menewaskan Selangor. Aksi heroic Safawi Rasid di Shah Alam antara persembahan individu terbaik dalam sejarah Piala Malaysia.

Safawi

Manakala pasukan Kedah mengatasi Pahang dalam satu aksi klasik ‘thriller’ 18 gol daripada 2 perlawanan.

Prestasi semasa

Kedah mencatatkan 2 keputusan seri dalam 2 perlawanan terakhir mereka selepas 3 kemenangan berturut-turut. Manakala JDT menang kesemua 5 perlawanan terakhir mereka.

Dalam 5 perlawanan terakhir, Kedah menjaringkan 17 gol dan bolos sebanyak 13 kali.

JDT dalam tempoh yang sama menjaringkan 12 gol dan hanya bolos 3 kali sahaja.

Rekod pertemuan

JDT menang 3 daripada 5 pertemuan terakhir dengan Kedah.

Kedah pula berjaya menang 1 perlawanan daripada jumlah yang sama.

Kedua-dua pasukan seri sekali dalam 5 perlawanan terakhir.

Pemain tumpuan

Afiq Fazail (JDT)

Beliau antara kunci penting JDT di bahagian tengah dalam kempen Piala Malaysia musim ini. Safawi kita semua sudah tahu bisanya, namun Afiq Fazail harus diberikan perhatian oleh Kedah.

Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Baddrol masih menjadi pemain penting Kedah terutama sekali dalam perlawanan besar seperti ini. Beliau ada rekod yang sangat baik dalam menyelamatkan Kedah apabila memerlukan.

Sebelum wisel

JDT turun sebagai pasukan pilihan pada kali ini dengan status juara Liga Super.

Manakala Kedah membawa cabaran selaku juara Piala FA 2019 yang merupakan kejuaraan pertama mereka di bawah kendalian Aidil Sharin.

Kedua-dua pasukan memerlukan piala ini untuk ‘unlock’ juara berganda domestik.

Fakta perlawanan

  • Kedah adalah juara 5 kali Piala Malaysia. Manakala JDT pula juara sekali
  • Kedah merupakan pasukan paling banyak mara ke final dalam 5 tahun terakhir dengan 4 kali. Daripada angka itu mereka menjuarai Piala Malaysia pada 2016
  • Ini merupakan penampilan ke-3 JDT di dalam final. 2 sebelum ini menyaksikan 1 juara (2017) dan 1 Naib Juara (2014)
  • Kedah pula sudah mara ke final Piala Malaysia sebanyak 13 kali, 5 kali menjadi juara
  • Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam final Piala Malaysia 2017, dan dimenangi JDT

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN