Piala Malaysia 2019: Dua Gol Daripada Pertahanan Bantu JDT Tumpaskan UiTM FC

JDT Fadhli Shas UITM FC Piala Malaysia

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan peringkat kumpulan apabila merekodkan kemenangan 2-1 ke atas UiTM FC dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Malaysia 2019 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Satu lagi pasukan yang juga masih kekal belum kalah adalah Selangor yang akan turun beraksi pada malam ini menentang FELDA United dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Harimau Selatan turun dengan rombakan besar dilakukan kepada skuad utama dengan kemasukkan beberapa pemain antaranya Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Izham Tarmizi Roslan. Pemain tonggak yang dikekalkan adalah Gonzalo Cabrera.

Perubahan drastik oleh pengendali, Benjamin Mora ini dilihat sedikit mengganggu rentak JDT pada awalnya sebelum berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan ke-5 hasil jaringan dua pertahanan tengah, Adam Nor Azlin dan Fadhli Shas.

JDT terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh UiTM FC menerusi Zulkiffli Zakaria pada minit ke-39 hasil gerakan solonya memperdayakan dua benteng JDT sebelum menewaskan Izham Tarmizi Roslan di gawang – jaringan pertamanya dan kedua untuk UiTM FC sepanjang saingan Piala Malaysia kali ini.

Namun, juara enam kali Liga Super itu bangkit untuk mengikat kedudukan di penghujung babak pertama hasil tandukkan berpunca daripada sepakan percuma oleh Syamer Kutty Abba.

Pada minit ke-59, muncul Fadhli Shas untuk mengesahkan tiga mata buat juara Kumpulan B itu hasil rembatan derasnya di dalam kotak penalti bermula daripada sepakan penjuru yang diraih.

Kemenangan Harimau Selatan ini bermakna UiTM FC gagal meraih sebarang mata dalam kempen Piala Malaysia kali ini – menjadi satu-satunya pasukan yang tewas dalam semua perlawanan.

Biarpun dikatakan akan cuba menamatkan saingan dengan meraih mata berdepan JDT, The Lion Troops masih gagal untuk menyaingi keampuhan lawan walaupun hanya berdepan skuad kedua.

Satu lagi slot antara PKNP FC dan PJ City FC hanya akan ditentukan pada Jumaat. JDT yang sudah menempah tiket ke suku akhir akan berdepan naib juara Kumpulan A, Terengganu FC.

Kredit Featured Image: Johor Southern Tigers (JST)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN