Quantcast

BERITA

UCL 2019/20 (Highlight & Laporan): Badi Napoli Terus Hantui Liverpool

Sepakan penalti Dries Merten dan gol minit akhir oleh Fernando Llorente memberikan kemenangan kepada Napoli ke atas juara bertahan, Liverpool di saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi.

Penyerang Belgium, Mertens menjaringkan gol hasil sepakan penalti selepas pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson dipersalahkan oleh pengadil kerana mengasari Jose Callejon.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Llorente – lawan Liverpool di perlawanan akhir musim lalu – pula memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan, Virgil van Dijk pada masa kecederaan untuk menewaskan penjaga gol, Adrian.

Kekalahan ini menjadikan skuad kendalian Jurgen Klopp sebagai juara bertahan pertama yang tewas perlawanan pembukaan musim baharu, sejak AC Milan pada 1994.

Sebelum itu, penjaga gol Adrian melakukan dua aksi hebat menyelamatkan gawang Liverpool, selepas juara bertahan itu jelas melalui kesukaran menyesuaikan diri dengan tekanan akibat atmosfera di stadium.

Pemain berusia 32 tahun yang menggantikan penjaga gol utama, Allison kerana mengalami kecederaan itu menyelamatkan percubaan Fabian Ruiz pada babak pertama perlawanan, sebelum bertindak menepis voli jarak dekat Mertens yang menghala ke penjuru atas sebelah kanan gawang.

Namun secara keseluruhan Liverpool beraksi lebih baik ketika mereka tewas 1-0 kepada Napoli di arena yang sama pada musim lalu – tiada percubaan tepat dihasilkan dalam perlawanan tersebut.

Kali ini, skuad kendalian tampil lebih yakin dengan melakukan beberapa ancaman ke kubu lawan.

Percubaan Mohamed Salah misalnya terpaksa ditolak keluar oleh penjaga gol Napoli, Alex Meret, sebelum beliau menyelamatkan tolakan Sadio Mane ketika kedudukan masih 0-0.

Walaupun Liverpool kelihatan gagah di saingan domestik sepanjang Ogos sehingga kini dengan purata tiga jaringan setiap perlawanan, kegagalan mereka memanfaatkan peluang ketika menyerang di San Paolo menghadirkan kekalahan keenam mereka do tempat lawan dari lapan perlawanan di pertandingan ini.

Bagi yang terlepas perlawanan pada awal pagi tadi, anda boleh menyaksikan rangkuman perlawanan seperti yang kami sediakan melalui pautan di bawah: