Piala Malaysia 2019: Aidil Sharin Sifatkan Pemain Muda Umpama Kaca, Mudah ‘Pecah’

Aidil Sharin Kedah Latihan

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak menjelaskan yang barisan kejurulatihan tidak mahu terburu-buru memberikan lebih ruang kepada pemain muda terutamanya menjelang aksi separuh akhir Piala Malaysia 2019 menentang Pahang, pada malam ini.

Aidil Sharin ketika ditemubual di dalam rancangan Pulun Kedah Pulan, Radio Kedah FM pada Selasa juga menyatakan kem Kedah dalam mood yang sangat positif ketika ini dan segala persediaan telah dilakukannya bersama barisan kejurulatihan Helang Merah.

Kedah akan melayan kunjungan Pahang di Stadium Darul Aman pada malam ini untuk aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia 2019 dan ketiadaan Aidil Sharin yang ke Jepun meneruskan sesi Kursus Kejurulatihan Profesional AFC tidak menjejaskan pasukan.

“Alhamdulillah. Setakat ini pasukan telah membuat persediaan dengan baik. Setakat ini juga, tiada kecederaan pemain. Nampak positif dalam kem apabila saya kembali ke latihan,” ujarnya.

Bercakap mengenai pemain-pemain yang bakal menggalas tugas penting pada perlawanan pertama ini, pengendali kelahiran Singapura itu menjelaskan tiada siapa pasti untuk berada dalam kesebelasan utama dan semua perlu bersaing merebut tempat.

Mengulas pula mengenai peluang pemain-pemain muda untuk lebih menonjolkan bakat mereka bersama pasukan, Aidil Sharin jelas memiliki caranya yang tersendiri dalam membentuk mereka terutamanya seperti Fayadh Zulkifli dan Fadzrul Danel.

“Kita ada pelan A dan B. Kita tidak boleh pastikan kesebelasan utama lagi. Jika Baddrol [Bakhtiar] cedera, Ifwat [Akmal] cedera, siapa akan ganti [mereka]. Kita mahu semua pemain bersedia.

“Kita boleh nampak Fayadh [Zulkifli] adalah pemain muda yang berbakat dan kreatif. Tahun ini, pemain muda, bagi saya adalah seperti pengenalan untuk memberi sedikit peluang [bermain].

“Kita harus jaga keyakinan mereka. Kita tidak mahu lepaskan mereka [bermain] dan [jika] gagal beraksi baik, sukar untuk kita memberikan keyakinan kepada mereka semula. Pemain-pemain muda ini seperti kaca, sangat mudah ‘pecah’, tambahnya lagi.

Sementara itu, Laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah, FA Kedah melaporkan mengenai status penjualan tiket pada lewat petang kelmarin dan semua tiket dijangkakan bakal habis dijual menjelang pertembungan kedua-dua semifinalis malam ini.

Sebanyak 14,000 keping tiket telah dilaporkan terjual dan tiket yang hanya berbaki sekitar 800 keping lagi akan dijual bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang, pada hari ini.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN