Piala Malaysia 2018: Patrick Cruz Tak Sabar Turun Beraksi

Skuad Tok Gajah kini boleh menarik nafas lega apabila penyerang import berbisa mereka, Patrick Cruz kembali menjalani latihan bersama pasukannya bagi menghadapi 2 perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Beliau yang diketepikan selama hampir 2 bulan akibat kecederaan paha, kelihatan tidak sabar turun beraksi bagi membantu Pahang menempah tiket ke suku akhir.

“Saya sudah pulih sepenuhnya dan sedia untuk merobek gawang Selangor kerana memiliki pengalaman manis apabila bertemu Selangor.

“Saya menjaringkan dua gol, masing-masing satu ketika bertemu Selangor iaitu kami menang 3-1 dalam Liga Super dan 2-0 pada aksi final Piala FA.

“Saya tidak sabar untuk bermain bersama rakan sepasukan kerana kemenangan ke atas Red Giant akan mengesahkan Pahang ke suku akhir. Namun, terpulang kepada jurulatih (Dollah Salleh) untuk membuat pilihan,” katanya kepada Berita Harian.

Patrick Cruz menjalani sesi latihan dengan pasukannya. FOTO: PFA

Sebelum ini, media tempatan melaporkan beliau mengalami kecederaan di kepala akibat ditetak oleh beberapa individu yang tidak dikenali ketika sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Perhentian.

Kes tersebut masih disiasat oleh pihak Polis dan ia tidak menjatuhkan semangat Cruz untuk turun beraksi di atas padang.

Skuad kendalian Dollah Salleh merekodkan dua kemenangan dan dua keputusan seri dalam saingan Piala Malaysia setakat ini. Mereka memerlukan 3 mata penuh untuk memastikan slot ke suku akhir terjamin.

Ketumpulan jentera serangan ternyata membimbangkan Dollah apabila seorang lagi penyerang import, Austin Amutu dilihat gagal memberi impak seperti yang diharapkan.

“Jika sebelum ini saya bimbang dengan ketumpulan serangan. Saya boleh berasa lega dan percaya kembalinya Cruz memperkasakan jentera hadapan.

“Tapi, saya perlu membuat pilihan terbaik kerana hanya empat pemain import yang dibenarkan beraksi dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN