Piala Malaysia 2018: Irfan Bakti Tahu Cara Untuk Kalahkan JDT

Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti mempunyai ramuan tersendiri untuk memastikan pasukannya melangkah ke perlawanan akhir unifi Piala Malaysia tahun ini.

Menurut Irfan, karakter pemain Terengganu FC bakal menjadi aset penting dan penentu pasukan apabila dijadualkan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama, Piala Malaysia, Sabtu ini.

“Faktor kekeluargaan di dalam dan di luar padang juga menjadi antara elemen kekuatan skuad untuk berdepan JDT,” katanya kepada Berita Harian.

“Bagi saya, aksi separuh akhir ini tidak ada pasukan pilihan walaupun JDT pernah menewaskan kita dalam kedua-dua aksi Liga Super dengan keputusan 0-1 di Kuala Terengganu dan 0-2 di Larkin.

“Kami tidak bernasib baik terutama aksi di tempat sendiri. Kekalahan itu tidak boleh dijadikan ukuran sebenar kerana saingan kali ini adalah berbeza dan pemain cukup bersemangat untuk melangkah ke final.

“Malah jika kita lihat rekod skuad JDT ada pasukan yang menewaskan mereka seperti Pahang, MIFA, Kelantan musim ini. Ketika membimbing FELDA United, saya pernah dua kali menang di tempat mereka, jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Namun sebagai jurulatih saya perlu ada strategi lebih ampuh selain mengingatkan pemain harus awasi barisan pemain lawan kerana skuad itu memiliki ramai pemain terbaik negara,” jelas Irfan Bakti.

Pemain Terengganu FC membuat persiapan rapi sebelum bertemu JDT. FOTO: TFC

Mengenai ketiadaan pertahanan tengah, Nasrullah Haniff Johan yang digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning, Irfan Bakti mengakui sudah menemui pengganti sesuai untuk memikul tugasan itu.

“Kita sudah ada dua calon yang sesuai sama ada Abdul Latiff Suhaimi atau Radhi Yusof. Saya yakin dengan kebolehan mereka yang bakal digandingkan dengan tonggak import, Igor Zonjic di barisan pertahanan,” kata Irfan Bakti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN