Quantcast

BERITA

VIDEO: Hatrik Neymar Jadikan Dirinya Pemain Terbaik Brazil Di Dalam Sejarah UCL

Neymar jelas mendominasi aksi di Parc des Princes pada malam tadi untuk menjadi pemain Brazil paling banyak menjaringkan gol untuk kelab di pertandingan elit eropah.

Pemain itu beraksi dengan cemerlang dalam kemenangan 6-1 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Red Star Belgrade pada awal pagi tadi.

Sehingga kini beliau telah terlibat dengan jaringan dalam 12 perlawanan secara berturut-turut untuk kelab dan pasukan kebangsaan, termasuk hatrik yang dihasilkan di pertandingan UEFA Champions League menentang Belgrade.

PARIS, FRANCE – OCTOBER 03: Neymar Jr of Paris Saint-Germain celebrates his second goal during the Group C match of the UEFA Champions League between Paris Saint-Germain and Red Star Belgrade at Parc des Princes on October 3, 2018 in Paris, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Neymar membuka tirai jaringan melalui sepakan percuma pada minit ke-20 perlawanan, sebelum menambah satu lagi gol buat PSG dua minit selepas itu.

Pemain termahal dunia itu melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-81 perlawanan, sebelum dikeluarkan oleh pengurus pasukan, Thomas Tuchel.

Sejak 12 Ogos lalu, Neymar telah menjaringkan atau menghasilkan bantuan gol dalam 12 perlawanan secara berturut-turut untuk PSG dan Brazil.

Sepanjang tempoh itum, beliau telah menjaringkan 12 gol dan menghasilkan tiga bantuan gol secara keseluruhan.

Di dalam pertandingan UEFA Champions League sahaja, Neymar kini telah menjaringkan tujuh gol dan dua bantuan gol melalui hanya empat penampilan bersama PSG di Parc des Princes.

Hatrik beliau untuk PSG menentang Red Star Belgrade pada awal pagi tadi turut meletakkan beliau sebaris dengan Luiz Adriano dan Adriano yang pernah menghasilkan tiga gol dalam satu perlawanans sebanyak dua kali.

PARIS, FRANCE – OCTOBER 03: Neymar of Paris Saint-Germain and El Fardou Ben Nabouhane of Red Star Belgrade compete for the ball during the Group C match of the UEFA Champions League between Paris Saint-Germain and Red Star Belgrade at Parc des Princes on October 3, 2018 in Paris, France. (Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Namun jumlah ini masih jauh berbanding apa yang dicapai oleh Lionel Messi dari Argentina yang sudah menghasilkan lapan hatrik setakat ini dalam pertandingan yang sama.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang kini beraksi bersama Juventus pula memiliki tujuh jaringan hatrik setakat ini.

Hatrik pada awal pagi tadi turut menjadikan jumlah keseluruhan jaringan Neymar dalam pertandingan tersebut kini sebanyak 30 gol, menyamai rekod yang dipegang oleh Kaka.

Tiada keraguan Neymar akan memecahkan rekod yang dipegang bersama Kaka ini pada perlawanan seterusnya.

Cabaran sebenar untuk Neymar selain daripada rekod-rekod tersebut pastinya ialah untuk memacu PSG menjuarai pertandingan elit kelab eropah tersebut pada musim ini.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!