Quantcast

BERITA

Piala Malaysia 2017: Perak Waspada Ancaman JDT

Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim mahu memastikan pasukannya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 apabila melayan kunjungan pasukan JDT dalam saingan separuh akhir pertama pada hari ahad ini.

Pada bulan Februari lalu, Perak melakar kejutan apabila menewaskan  JDT, 2-1 dalam saingan Liga Super. Skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu tekad mahu mengulangi semula kejayaan tersebut untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tetapi Hafizul tidak mahu rakan sepasukannya terbuai dengan kejayaan lepas dan berharap agar mereka fokus dalam saingan sebenar pada hari ahad ini.

Penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Beliau juga memberi amaran bahawa juara liga super 2017, JDT mampu meranapkan impian mereka untuk ke perlawanan akhir.

“Ini perlawanan yang berbeza dan kami tidak boleh berbangga dengan keputusan terdahulu. Kami yakin dapat mengalahkan JDT dalam saingan Piala Malaysia kali ini, ” katanya kepada The Star

“Saya tahu perlawanan ini menjadi tumpuan penyokong dan kami jangkakan perlawanan akan menjadi lebih sukar apabila bertandang ke Larkin untuk saingan separuh akhir kedua. Kami perlu lebih bersedia dan memastikan kemenangan dapat diraihkan di halaman sendiri, ”

Perak kini berada di kedudukan kelima dalam Liga Super dan tersingkir daripada saingan Piala FA. Hafizul mahu memastikan satu piala dapat dijulang sebelum tamat Liga Malaysia musim 2017.

“Kami gagal dalam saingan Piala FA dan Liga Super. Piala Malaysia merupakan satu-satunya peluang yang ada.” ujarnya.

Perak akan bertemu JDT dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin pada 21 Oktober ini. Pemenang akan bertemu sama ada Kedah atau Felda United di peringkat akhir bulan November depan.