Pemilik PSG, Nasser al-Khelaifi Hadapi Dakwaan Beri Rasuah

Nasser al-Khelaifi, seorang usahawan jutawan daripada Qatar yang merupakan antara individu paling berpengaruh di dalam bola sepak, menghadapi tuduhan oleh pendakwa raya di Switzerland kerana merasuah bekas Setiausaha Kehormat FIFA, Jerome Valcke berkaitan kontrak hak penyiaran Piala Dunia.

Khelaifi merupakan antara individu penting dalam peranan Qatar melibatkan diri dalam sukan dunia melibatkan nilai berbillion dollar.

(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

Beliau juga merupakan pengerusi kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dan juga merupakan pegawai eksekutif kepada syarikat penyiar sukan terkemuka, beIN Media Group- syarikat penyiar yang berpusat di Doha.

Khelaifi menghadapi pertuduhan daripada pendakwaraya di Switzerland kerana merasuah Jerome Valcke yang kini digantung 10 tahun daripada terbabit dalam bola sepak kerana menerima rasuah.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat pendakwaraya Switzerland, menyatakan bahawa satu kes telah dibuka terhadap Khelaifi, Valcke dan seorang lagi usahawan yang tidak dinamakan atas kesalahan mengamalkan rasuah, penipuan dan juga penyalahgunaan kuasa.

(Photo by Dennis Grombkowski/Getty Images)

“Jerome Valcke tekah dituduh menerima sesuatu (suapan) yang memberi kelebihan kepadanya daripada seorang usahawan yang terbabit di dalam sektor penyiaran untuk hak penyiaran Piala Dunia 2018m 2022, 2026 dan juga 2030.”

“Valcke juga dituduh menerima suapan yang sama daripada Nasser al-Khelaifi berhubung pemberian hak penyiaran di beberapa negara untuk Piala Dunia 2026 dan juga 2030.”

Penyitaan hartanah telah dilakukan di beberapa buah negara termasuk di Greece, Itali dan Sepanyol berhubung dengan siasatan yang dijalankan.

Penyiasat daripada Unit Jenayah Kewangan Perancis turut berkata serbuan turut dilakukan di pejabat milik beIN di Paris, di mana Khelaifi sentiasa berada.

(Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

Bagaimanapun Khelaifi tidak berada di Perancis buat masa ini dan belum lagi melalui proses soal siasat berhubung dakwaan ini.

beIN yang telah melabut berbillion dolar sejak beberapa tahun ini dalam bidang penyiaran menyangkal sebarang dakwaan salah amalan.

“Pihak syarikat akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan yakin tidak melakukan sebarang amalan menyalahi undang-undang,” jelas syarikat penyiar tersebut melalui satu kenyataan rasmi.

Valcke yang disoal siasat berhubung dakwaan terhadap Khelaifi tidak memberi respon terhadap sebarang komen. Valcke sendiri sedang disiasat oleh pihak pendakwaraya Switzerland sejak Mac tahun lalu atas pelbagai dakwaan salah guna kuasa.

Perkembangan terbaru ini adalah satu lagi titik hitam dalam bola sepak dunia selepas beberapa pegawai FIFA, termasuk bekas presiden FIFA, Sepp Blatter didakwa kerana terbabit dengan skandal rasuah beberapa tahun yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN