Aksi Piala FA 2023 pusingan kedua terus bersambung pada malam ini dengan membabitkan aksi pertemuan antara Selangor menentang Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Menerusi prestasi semasa kedua pasukan dalam aksi Liga Super sebelum itu, baik Selangor atau Sri Pahang tampil dengan sangat menyakinkan untuk mencatat siri kemenangan.
Bukan Selangor Atau Kedah, Tapi Sri Pahang Pencabar Sebenar Buat JDThttps://t.co/pygcpsFxB5
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 10, 2023
Selangor yang berada bawah kendalian Tan Cheng Hoe musim ini, tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan bersama barisan pemain cukup berkualiti ditandatangani.
Pemain seperti Faisal Halim, Sharul Nazeem, serta Fazly Mazlan menjadi antara kekuatan utama Tan dalam menjana taktikal lebih baik buat The Red Giants berbanding musim lalu.
Tambahan pula musim ini Selangor turut diperkuatkan bersama gandingan import yang cukup berkualiti serta seimbang di segenap posisi untuk menjadi salah satu pasukan mencuri tumpuan dalam Malaysia.
Yohandry Orozco, Rauf Salifu, Ayron Del Valle, serta Noor Al-Rawabdeh antara pemain import yang sangat menyerlah ketika ini untuk mengimbangi kekuatan tengah serta menjana serangan buat Selangor.
Enam kemenangan setakat ini dalam aksi Liga Super cukup untuk menceritakan Selangor ketika ini berada dalam prestasi terbaik mereka sehingga berjaya menghuni tangga kedua di bawah Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pasukan lawan, Sri Pahang pula hadir dengan reputasi tersendiri untuk menjadi pasukan kedua masih belum mencatat sebarang kekalahan pada tahun ini dalam aksi liga selain JDT.
Bawah tampuk kejurulatihan Fandi Ahmad bersama Datuk Dollah Salleh, pasukan ini berjaya tampil dengan lebih menyakinkan berbanding prestasi tang ditampilkan mereka pada tahun lalu.
Stefano Brundo menjadi antara pemain tumpuan utama buat Sri Pahang, ekoran ketajamannya di hadapan gol walaupun beraksi di posisi pertahanan pasukan tersebut.
Walaupun dihimpit dengan isu beberapa pemain utama yang dilanda kecederaan, ia tidak memberi masalah besar buat Fandi untuk mengharungi aksi liga dengan cemerlang sebagai seorang jurulatih.
Misi Asia yang digalas oleh Tan untuk Selangor bakal bermula malam ini, dengan slot Piala FA menjadi salah satu sasaran pasukan tersebut untuk menggapainya.
Walaupun baru pusingan kedua, tugas berat menanti Selangor apabila pasukan tersebut mungkin akan dikejutkan oleh Sri Pahang jika tidak berhati-hati di atas padang.
Skuad #GergasiMerah akan memulakan kempen #PialaFA2023 dengan menentang Sri Pahang FC di Stadium MBPJ!
⚽ Selangor FC 🆚️ Sri Pahang FC
🏟️ Stadium MBPJ
📅 Sabtu, 15 April 2023
🕣 10:00PMDikuasakan oleh PKNS.#MKLK#KitaSelangor#LigaMalaysia2023
[1/2] pic.twitter.com/bNCFRvZ4uU
— Selangor FC (@selangorfc) April 12, 2023
Menarik juga untuk melihat jika Selangor mungkin bakal menjadi pasukan pertama musim ini yang dapat menewaskan Sri Pahang, selepas kelab tersebut jelas masih sukar untuk ditumbangkan.