Adakah Mourinho Biadab? Teong Kim Boleh Belajar Caranya Berdepan Media

Lim-Teong-Kim-Mourinho-reaksi-sama

Barangkali Lim Teong Kim boleh belajar sesuatu daripada cara bijak Jose Mourinho mengendalikan sidang media pasca perlawanan pasukannya.

Sebelum ini pernah tular seketika reaksi spontan pengendali Perak itu terhadap pihak media yang dikatakan agak biadab. Ia berlaku ketika Perak tumbang 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), secara langsung di kaca tv.

Apa yang membezakan cara pengendali AS Roma itu dengan Teong Kim?

Umpama iklan Trivago, “Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza?” Inilah perumpamaan kisah Mourinho dan Teong Kim.

Mourinho: “Anda tonton kan perlawanan tadi?”

Mereka mahu bersikap dingin dengan pihak media, mungkin atas faktor keputusan perlawanan yang dilihat tidak memihak kepada pasukan.

Tetapi, mungkin teknik dan nada Teong Kim dilihat seolah-olah beliau sengaja mahu memalukan pihak media. Padahal jika anda perasan, pengendali KL City, Bojan Hodak juga memiliki karekter yang sama.

Mourinho juga ketika mengulas kekalahan AS Roma kepada Feyenoord di sidang media dilihat mempamerkan sikap dingin dan reaksi ‘menyampah’.

Anda tonton kan perlawanan tadi? Sudah tentu kami memiliki peluang. Kamu pun tahu, bola sepak bukan semata-mata tentang peluang, ia juga tentang menjaringkan gol. Tentu sekali [seperti di Tirana],” ungkap Mourinho.

Dalam aksi pertama Europa League, Feyenoord berjaya menumpaskan ‘I Giallorossi’ dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Mats Wieffer di minit ke-53.

Wartawan tersebut dilihat mempersoalkan tentang maksudnya yang dilihat berkata, beliau akan balik dan tidur dengan lena dan jumpa tujuh hari lagi.

Menjaringkan gol. Meletakkan bola ke dalam gol – semudah itu,” ujarnya.

Dan reaksi serta cara pengendali berusia 60 tahun itu selepas itu yang mengembalikan suasana tegang di bilik sidang media itu kepada santai.

Seperti mana sebilangannya yang kemudian merasakan yang sidang media tersebut ‘kelakar’ dan Mourinho seperti biasa, menjadi Mourinho.

Bagaimana Mourinho ‘counter’ semula soalan

Kamu tak sepatutnya menangis pun. Kamu tahu kenapa? Kerana kamu tak boleh lagi menang, perlawanan yang kamu telah tewas. Kamu kalah dan tak boleh lagi menang perlawanan itu. Masalahnya, perlawanan ini belum lagi berakhir. Kita baru di babak pertama,” ungkap Mourinho selepas itu.

Apa yang cuba Mourinho jelaskan adalah masih ada lagi aksi timbal balik selepas ini, jadi tidak perlu ditangisi kekalahan tipis di De Kuip sebentar tadi.

Saya janji kepada kamu, jika saya kalah, saya akan tidur. Saya tidak akan tangisinya selama 10 bulan, melalui mimpi-mimpi ngeri,” tegasnya lanjut.

Beliau bercakap dengan kembali menguntumkan senyuman dan ketawa kecil bersama pihak media. Mungkin teknik ini tiada pada Teong Kim.

Mukanya kekal berkerut seperti sedang menahan amarah yang mendalam.

Inilah punca mengapa ada pihak yang tersinggung. Bagi sesetengah pihak, ia mungkin tiada masalah seperti mana reaksi oleh Ketua Editor Semuanya BOLA, Nazreen Izahar selepas melihat reaksi spontan Teong Kim itu.

Bagi Nazreen, Liga Malaysia mungkin perlukan ‘warna-warna’ sebegini bagi memeriahkannya, tidaklah sidang media ‘sendu’ dengan jawapan klise.

Di Malaysia, kita ada Bojan Hodak

Jika Teong Kim rasa Mourinho terlalu jauh untuk menimba ilmu interaksi dengan pihak media, barangkali Bojan Hodak adalah guru yang terbaik.

Bojan dikenali dengan sikap dingin kepada pihak media – adakalanya. Tetapi, adakah pihak media tersinggung dengannya sehingga Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) keluarkan kenyataan membidasnya?

Ketika mengulas keputusan seri 2-2 KL City dan Penang pada awal musim lalu, sikap dingin Bojan terpamer di sidang media. Beliau marahkan pengadil dan mungkin kebangkitan Penang meledak dua gol untuk ikat keputusan.

Anda mahu tolong bayar denda saya? Saya boleh komen [tentang pengadil] jika anda mahu tolong membayarnya,” ujar Bojan dalam nada bergurau.

Saya tidak boleh bercakap tentang perlawanan ini. Isnin, kami akan hantar surat kepada FAM dan juga video, tetapi apa yang mampu mengubahnya? Adakah ia beri saya semula dua mata? Tidak. Boleh ia bagi bonus kepada pemain saya? Tidak. Anda juga tahu tentang ini,ungkapnya penuh kecewa.

Lihat bagaimana pengendali ‘The City Boys’ itu ‘counter’ semula jawapan sinisnya dengan rasional dilapik dengan nada dan gaya lebih santai.

Ia sama dengan cara Mourinho mengendalikan sidang medianya.

Mungkin Teong Kim hanya perlu mengawal nadanya apabila bercakap. Jawapannya tiada masalah langsung jika disertakan nada sesuai.

Inilah yang dimaksudkan dengan, “Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza?“. Begitupun, isu ini telah pun selesai apabila Teong Kim sudah meminta maaf atas reaksinya dalam perlawanan selepas itu.

Teong Kim adalah jurulatih yang perlukan masa. Beliau baru kembali ke Liga Malaysia dan membentuk pasukan yang secara keseluruhannya ‘mentah’.

Disebabkan itu, ada sesetengah penyokong dilihat teguh di belakangnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN