Selangor akan menghadapi ujian getir pada malam ini, dengan bakal membuat perhitungan bersama pasukan lawan iaitu Sri Pahang dalam aksi kedua Piala FA 2023.
Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor sebenarnya dianggap mempunyai kelebihan selaku tuan rumah untuk mendapat sorakan padu daripada penyokong.
Skuad #GergasiMerah akan memulakan kempen #PialaFA2023 dengan menentang Sri Pahang FC di Stadium MBPJ!
⚽ Selangor FC 🆚️ Sri Pahang FC
🏟️ Stadium MBPJ
📅 Sabtu, 15 April 2023
🕣 10:00PMDikuasakan oleh PKNS.#MKLK#KitaSelangor#LigaMalaysia2023
[1/2] pic.twitter.com/bNCFRvZ4uU
— Selangor FC (@selangorfc) April 12, 2023
Walaupun begitu, pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe menganggap pasukan lawan, Sri Pahang mempunyai kelebihan berbanding mereka menerusi prestasi semasa dalam saingan Liga Super.
Menyedari kelebihan yang ada pada lawan, ianya tidak mematahkan semangat Tan yang kini berkobar-kobar ingin mara lebih jauh dalam saingan Piala FA serta mencari slot ke Asia.
Dengan berkelebihan beraksi di laman sendiri, pengendali berpengalaman itu mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk menyingkirkan Sri Pahang pada malam ini.
Untuk memastikan mereka menempah tiket ke pusingan seterusnya, Tan juga berpesan kepada para pemain supaya sentiasa berwaspada akan ancaman pasukan lawan yang mampu melakar kejutan sepanjang 90 minit aksi.
“Sebagai jurulatih, setakat ini kita nampak keputusan perlawanan memihak kepada Sri Pahang, mereka belum kalah lagi dalam liga dan berdepan kami tempoh hari dalam aksi liga pun berakhir dengan keputusan seri.
“Kita nampak mereka ada kekuatan tersendiri dan seperti semua tahu perlawanan Piala FA adalah perlawanan kalah mati, jadi kami perlu turun dengan fokus pada setiap minit perlawanan.
“Pada masa sama kami perlu ambil peluang bermain di tempat sendiri untuk pastikan kami berjaya layak ke pusingan yang seterusnya,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, bekas jurulatih kebangsaan itu turut mengakui beraksi di laman sendiri bukan suatu jaminan buat mereka untuk mara ke suku akhir walaupun mendapat suntikan moral penyokong The Red Giants.
“Apa yang penting persiapan pasukan dari segi latihan dan dalam bola sepak tiada jaminan bermain tempat sendiri 100 boleh menang, ada juga perlawanan kita boleh menang di tempat lawan. Kita kena sesuaikan diri dengan situasi juga,” katanya.
❤️ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑𝐃𝐀𝐘!!!💛
Hari perlawanan #PialaFA2023! Malam ini skuad #GergasiMerah akan bertemu Tok Gajah sekali lagi jam 10 malam di Stadium MBPJ! 🏟️ Jumpa anda di sana!
🎟️ Dapatkan tiket #SELSRP melalui pautan di bio.#MKLK#KitaSelangor#LigaMalaysia pic.twitter.com/HWSfsVYqQJ
— Selangor FC (@selangorfc) April 15, 2023
Hadir dengan reputasi tinggi tanpa kalah dalam mana-mana perlawanan liga, maka wajar untuk Selangor berwaspada serta berpeluang menjadi pasukan pertama mernewaskan Sri Pahang musim ini.