Piala FA: Selangor, Penang Tepati Ramalan Mara Selepas Benam Cabaran Pasukan Liga M3

Selangor Penang Piala FA 2022

Selangor FC dan Penang FC tepati ramalan apabila mudah membenam cabaran pasukan Liga M3 dan mara ke pusingan kedua Piala FA 2022, menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama, malam tadi.

Selangor berpesta gol dengan kemenangan 6-0 ke atas Harini FT di Stadium MBPJ, sementara Penang pula mengatasi satu lagi wakil dari Pulau Pinang, Bukit Tambun FC di Stadium Bandaraya dengan keputusan 4-0.

Beraksi di halaman sendiri, Selangor membuat perubahan sedikit berbanding skuad yang telah beraksi di Liga Super apabila pemain seperti Sam Somerville dan Shahrul Nazeem telah dipertaruhkan dalam kesebelasan utama. Pengendali, Michael Feichtenbeiner tetap menurunkan gandingan penyerang utama mereka.

Caion dan Hyuri tetap diharapkan menjadi tunjang jentera serangan The Red Giants malam tadi dalam usaha mereka untuk mara ke pusingan kedua Piala FA walaupun hanya berdepan cabaran pasukan dari Liga M3.

Hasilnya, mereka berjaya mendahului aksi babak pertama dengan kedudukan 3-0 hasil jaringan Caion, Safuwan Baharudin dan Hyuri. Mereka meneruskan penguasaan di babak kedua dan meledak tiga lagi gol menerusi Syahir Bashah dan dua gol tambahan Caion yang melengkapkan hatrik pertamanya bersama Selangor.

Sementara itu, di Pulau Mutiara, Bukit Tambun tidak diberi laluan mudah apabila rakan senegeri, Penang tampil mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 di babak pertama hasil jaringan Rafael Vitor dan Aliff Romli. Dalam perlawanan itu menyaksikan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri menjadi penyerang.

Tomas Trucha turut mempertaruhkan buat kali pertama Endrick dos Santos yang selesai penggantungan untuk bergandingan bersama Hilal El-Helwe di belakang Faiz Subri. Beberapa pemain juga dilihat kali pertama diturunkan seperti penjaga gol, Hafizul Hakim, Fairuz Zakaria, Christian Rontini dan juga Aliff Romli.

Babak kedua, Penang menambah lagi dua gol menerusi bek kiri Rafiuddin Roddin dan Danial Ashraf di hujung perlawanan. Penang mara ke pusingan kedua Piala FA dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas Bukit Tambun.

Lawan untuk Selangor dan Penang akan ditentukan selepas semua pasukan selesai mengharungi pusingan kedua dijangka sehingga 15 Mac ini. Namun, terdapat beberapa perlawanan terpaksa ditunda akibat Covid-19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN