Piala FA: Tersenyum Diundi Bertemu Selangor, Harini FT Tak Sabar Buat Kejutan

Saingan pusingan pertama Piala FA yang akan membuka tirai malam ini bakal memperlihatkan sebahagian besar pertembungan antara pasukan Liga Super/Premier dan pasukan-pasukan Liga M3.

Biarpun enam perlawanan membabitkan 12 pasukan terpaksa ditunda ekoran terdapat penularan jangkitan COVID-19, kerancakan Piala FA tetap terasa dengan peluang buat pasukan amatur memberikan saingan kepada pasukan-pasukan elit tanah air.

Antara perlawanan menarik yang dijangka berlangsung ialah membabitkan Selangor dan Harini FT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Biarpun di atas kertas segala-galanya dijangka memihak kepada Selangor, ketua jurulatihnya, Michael Feichtenbeiner, tidak mahu pemain-pemain memandang rendah akan kemampuan Harini FT.

“Saya pernah menyaksikan persembahan Harini FT yang bertemu pasukan simpanan (Selangor 2) selain ada maklumat tentang mereka selepas melalui perlawanan M3.”

“Mereka ada pemain yang saya kenali seperti penjaga gol, Farizal Harun kerana dia pernah bermain dengan Selangor semasa di era B. Satianathan, dua tahun lalu.”

” Kemungkinan saya akan beri ruang kepada pemain-pemain yang belum diturunkan seperti Samuel Somerville untuk beraksi selain lebih banyak ruang kepada pemain tempatan kerana kami boleh turunkan hanya empat pemain import.”

“Harapan saya pemain jangan terlalu yakin kerana sejarah pertandingan Piala FA, ada masanya perlawanan berdepan pasukan yang datang dari liga bawahan, lebih sukar daripada yang dijangka.”

“Namun,jika kami berada di tahap sepatutnya pada hari perlawanan dan beri fokus kepada persembahan sendiri selain cuba mendapatkan jaringan awal, kami boleh mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pertahanan Harini FT, K. Reuben, tetap menghormati reputasi Selangor FC yang diundi menentang pasukannya di pusingan pertama namun menyifatkan mereka sama sekali tidak gentar untuk berikan persaingan.

Baginya, Piala FA sentiasa ada magis tersendiri sambil berasakan peluang untuk Harini melakukan kejutan tetap ada.

“Bila saya tengok undian semalam [tempoh hari], saya sebenarnya tersenyum kerana berasakan ini peluang Harini membuktikan sesuatu.”

“Pasukan ini terdiri daripada ramai pejuang dan cerita ‘David and Goliath’ menjadi inspirasi buat kami apabila berdepan Selangor.”

“Sebagai seorang pemain yang telah lama bermain di pentas tertinggi, saya akan cuba bantu sedaya upaya pemain-pemain lain,” katanya.

Selain Reuben, Harini turut diperkuatkan bekas penjaga gol Felda United, Negeri Sembilan dan Selangor, Farizal Harun selain bekas pemain PJ City, K. Satish.

Undian pusingan kelayakan dan pusingan pertama Piala FA 2022 telah berlangsung pada 23 Februari lalu membabitkan penyertaan 34 pasukan termasuk 15 dari M3.

Antara perlawanan yang menarik perhatian ialah antara dua jiran setempat, Penang dan Bukit Tambun yang berlangsung pada Jumaat selain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan BRM di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN