Piala FA: Perak Idam Tamatkan Kemarau 14 Tahun

Perak

Ketua jurulatih skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic tekad bawa pasukannya menjuarai Piala FA buat kali ketiga dalam sejarah selepas membantu menamatkan kemarau 18 tahun kejuaraan Piala Malaysia pada tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau mengakui tugas sukar sedang menanti anak buahnya apabila bakal bertemu juara bertahan, Pahang di peringkat separuh akhir pertama di Kuantan esok diikuti perlawanan kedua di Ipoh pada 29 Jun ini.

“Jika dapat mara ke final dan menjuarai Piala FA, ia akan menjadi satu lagi mercu kejayaan Perak selepas memenangi Piala Malaysia untuk menamatkan kemarau 18 tahun.

“Perlawanan ini pastinya tidak mudah. Pahang adalah sebuah pasukan yang bagus. Mereka mempunyai pemain import dan tempatan berwibawa. Jadi, pemain Perak perlu tumpu sepenuh perhatian terhadap tugasan ini,” jelasnya dalam Stadium Astro

Mehmet Durakovic memerhatikan sesi latihan pemainnya. FOTO: Perak TBG

Kali terakhir Perak menjuarai Piala FA adalah pada tahun 2004 dimana mereka menewaskan Terengganu dengan jaringan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berdasarkan rekod pertemuan dengan pasukan Pahang dalam saingan Liga Super musim ini, Perak tewas 0-1 di Ipoh dan kemudian seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur pada 19 Mei lepas.

Sementara itu, penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme mahu rakan sepasukannya waspada terhadapa ancaman pasukan Perak yang semakin menunjukkan peningkatan sejak kemasukan dua pemain import baharu.

“Kami tidak boleh hilang fokus kerana mereka (Perak) juga berada pada prestasi terbaik ketika ini dan pasti ingin mara ke final,” katanya.

Nwakaeme juga berharap gandingannya bersama Lazarus Kaimbi akan bertambah lebih mantap selepas beraksi dalam dua perlawanan Liga Super.

“Kami berjaya menjaringkan gol awal ketika menewaskan PKNP FC 2-0, kelmarin dan diharapkan dapat mengulanginya lagi apabila berdepan Perak nanti.

“Kaimbi pemain bagus dan berpengalaman, dengan perlawanan ketiga bertemu Perak diharapkan dia akan mempamerkan prestasi lebih baik.

“Saya percaya sokongan padu daripada peminat Tok Gajah akan membantu kami mempertahankan piala FA musim ini,” katanya dalam Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN