Piala FA: FELDA United Sedia Kejutkan Helang Merah Di Stadium Darul Aman

Esok saingan separuh akhir pertama Shopee Piala FA bakal bermula dengan 4 pasukan iaitu Pahang, Perak, Kedah dan FELDA United akan berentap merebut tiket ke perlawanan akhir musim ini.

Jurulatih FELDA United, Nidzam Jamil mahu anak buahnya bangkit pamerkan persembahan terbaik setelah tewas 0-1 kepada PJ City dalam aksi Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil selasa lepas. .

“Kita kena buat persiapan rapi dan kaji pasukan lawan. Kita ada motivasi tinggi untuk bermain dengan baik menentang pasukan kuat, tetapi apabila berdepan pasukan yang sedang bergelut (mendapat kedudukan terbaik), prestasi kita menurun.

“Kita tidak boleh nak harapkan berdepan dengan pasukan kuat setiap minggu untuk meningkatkan motivasi pemain. Dalam bola sepak, kadang-kadang bermain dengan pasukan sedang bergelut paling sukar kerana mereka pun akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk elak penyingkiran,” katanya dalam Sukan Sinar.

Bagaimanapun, skuad The Fighters terpaksa berkunjung ke Alor Star tanpa khidmat tiga tonggak utama termasuk penyerang dari Singapura, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal yang mengalami kecederaan.

Manakala dua lagi pemain import iaitu Thiago Aquino Junior dan Masaki Watanabe tidak dapat beraksi kerana digantung satu perlawanan

“Kita juga tidak boleh terlalu naif dengan melepaskan gol mudah, dalam dua aksi sebelum ini kita melepaskan tiga gol daripada tendangan sudut. Tidak boleh terlalu budak-budak (ketika beraksi), kena betulkan sekarang,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan Felda United, Anwar Ibrahim, menyuarakan keyakinan tinggi terhadap kemampuan rakan sepasukannya meskipun bakal hadir di Stadium Darul Aman dengan skuad tempang.

Malah, mereka tekad melakar kejutan sekaligus membawa bekalan selesa untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA pada minggu hadapan.

“Felda tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain import. Kami pernah beraksi dengan pemain-pemain tempatan dan mampu bermain dengan baik.

“Kami perlu sedia berdepan Kedah. Jika menyerang, Kedah mungkin akan menghukum kami tetapi kami sedia menerima arahan jurulatih.” katanya dalam Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN