Setelah beberapa siri kejutan berlaku pada pusingan kedua, pasukan Pahang dan KLFA berjaya mengelakkan diri mereka daripada tergelincir daripada landasan persaingan.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang menewaskan PIB FC dengan jaringan 4-0.
3 gol Pahang dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi Wan Zaharulnizam, Ze Love serta Safuwan Baharuddin. Manakala 1 lagi gol pada separuh masa kedua menerusi pemain muda yang terus cemerlang iaitu Faisal Halim.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur FA (KLFA) berjaya mengatasi cabaran pasukan bukan pilihan – Tun Razak FC.
Skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris membuka tirai jaringan menerusi Indra Putra Mahyuddin selepas aksi kombinasi beliau dengan Guilherme De Paula.
32' | GOL INDRA PUTRA!
Warga Kota dihadapan setelah hantaran lintang daripada Guilherme De Paula disambar oleh ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin.
@kualalumpurfa 1-0 Tun Razak FC
#ShopeePialaFA2019#KLTR#MFLLLive pic.twitter.com/KCaJ4bffJ3
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 3, 2019
Irfan Zakaria menambah satu lagi gol pada minit ke-55 selepas menerima sepakan penjuru Ashri Chuchu.
55' | GOL IRFAN ZAKARIA!
Irfan Zakaria meletakkan Kuala Lumpur 2 gol dihadapan selepas menanduk masuk sepakan penjuru Ashri Chuchu sebentar tadi.
@kualalumpurfa 2-0 Tun Razak FC
#ShopeePialaFA2019#KLTR#MFLLLive pic.twitter.com/pQj215eQPE
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 3, 2019
De Paula melengkapkan malam cemerlang skuad KLFA dengan jaringan ke-3. Yang uniknya, kali ini – giliran Indra pula melakukan hantaran silang rendah kepada De Paula.
71' | GOL GUILHERME DE PAULA!
Jika sebentar tadi hantaran De Paula disudahkan Indra, kali ini giliran hantaran Indra pula disudahkan oleh De Paula untuk gol ketiga Warga Kota di Cheras pada malam ini.
@kualalumpurfa 3-0 Tun Razak FC
#ShopeePialaFA2019#KLTR#MFLLLive pic.twitter.com/tsOGUoQJnS
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 3, 2019