Piala FA: Mukhairi Ajmal ‘Aset’ Sebenar Selangor Serta Harimau Malaya

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Rekod tanpa tewas musim 2023 buat Sri Pahang akhirnya lebur, setelah Selangor menjadi pasukan pertama menewaskan kelab kendalian Fandi Ahmad di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Walaupun bukan dalam saingan Liga Super, Selangor tetap menjadi kelab pertama untuk menewaskan Sri Pahang musim ini menerusi kejohanan Piala FA pusingan kedua bersama aksi permainan cukup menyakinkan.

Empat jaringan Selangor berjaya dihasilkan menerusi dua gol daripada bintang muda negara iaitu Mukhairi Ajmal, Faisal Halim, serta Brendan Gan untuk meletakkan keputusan penuh 4-0.

Antara pemain yang paling mencuri tumpuan semalam, pastinya terarah kepada perancang muda Selangor iaitu Mukhairi yang begitu cemerlang serta berada dalam kelas tersendiri.

Kelibat Mukhairi jelas menjadi ancaman terbesar buat Sri Pahang, selepas pemain tersebut kekal cemerlang sepanjang permainan untuk membantu serangan Selangor.

Menerusi kelincahan dipamerkan Mukhairi, beberapa situasi menyaksikan pemain tengah itu berjaya memecahkan kekebalan pertahanan lawan hasil kelicikan beliau dalam menggerakkan bola.

Selain berjaya meledak dua jaringan berkualiti tinggi, Mukhairi juga sebenarnya mempunyai beberapa lagi peluang untuk mendapatkan gol menerusi kualiti sepakan jarak jauhnya.

Seperti diketahui ramai, Mukhairi antara pemain yang sangat pakar dalam membuat sepakan jauh tepat ke arah gawang gol serta sangat kreatif membuat lorongan-lorongan berbahaya kepada rakan serangan.

Pada usia yang masih muda, Mukhairi boleh dianggap sebagai aset terbaik negara untuk memimpin Harimau Malaya di pentas antarabangsa, jika beliau terus mempamerkan konsistensi sebenar.

Bawah kendalian Tan Cheng Hoe, sisi matang dipamerkan oleh Mukhairi jelas semakin baik daripada segi ketenangan, serta cepat membuat keputusan di atas padang.

Pada perlawanan tersebut, Selangor memulakan rentak permainan dengan sangat baik untuk menguasai keseluruhan padang bagi mengetepikan lawan.

Sri Pahang yang turun dengan rekod gah tanpa kekalahan jelas tampil dengan serba tidak menjadi serta lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Kepincangan yang dimiliki Sri Pahang itu mudah didominasi oleh tuan rumah untuk mendapatkan empat gol selain pelawat jelas terlalu tumpul untuk cuba mendapatkan sebarang jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN