‘Naik Gaji Sekali Ganda’ – Tampil Cemerlang Bersama JDT, RM25,000 ‘Habuan’ Buat Arif Aiman

Arif Aiman gaji JDT

Setelah cemerlang saban musim, Arif Aiman Hanapi dilaporkan bakal menerima gaji baharu pada musim ini berjumlah RM25,000 sebulan.

Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam sebentar tadi di laman Twitternya selain turut memaklumkan gaji lama pemain itu yang hanya berjumlah RM12,000 – naik sekali ganda.

Sebelum itu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pernah menjelaskan kepada pihak media yang gaji Arif pada musim 2021 adalah RM11,000 – kurang seribu musim lalu.

https://twitter.com/zulhelmizainal1/status/1647241064078802944

Berkongsi perkara itu pada tahun lalu, TMJ dipetik berkata di laman sosialnya, “Saya kenal setiap pemain saya. Daripada akademi hingga ke pasukan utama. Saya juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain. Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas?

RM11,000 sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100% dalam latihan dan dalam perlawanan,tambahnya lagi di Instagram miliknya tahun lalu.

Berdasarkan nilai pemain menyerang itu di laman Transfermarkt, nilai beliau kini mencecah RM1.9 juta dan ia dijangka bakal meningkat.

Melihatkan bakat dan potensi dipamer pemain  tersebut, mungkin ramai menjangkakan tangga gaji pemain ini adalah tinggi selari dengan aksinya.

Beliau bukan sahaja bermain hampir semua perlawanan JDT sejak musim 2020, malah prestasinya juga sangat cemerlang setiap perlawanan.

Untuk musim ini, di pentas Liga Super, selepas lapan perlawanan, pemain berusia 20 tahun itu telah meledak lima gol dan lima bantuan gol.

Selain itu, pada musim 2022, beliau melakar 10 bantuan gol – tertinggi dalam carta selain meledak tiga gol. Beliau turut menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP), Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik untuk dua tahun berturut-turut. Satu pencapaian yang mengagumkan.

Zulhelmi turut meletakkan kenyataan yang menimbulkan seribu persoalan dalam kenyataannya tentang gaji baharu Arif itu iaitu, “…berbeza dengan beberapa pemain tempatan di dalam pasukan lain yang difahamkan ada yang mencecah RM80,000.” Kepada siapa agaknya ia ditujukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN