Kerjasama Kelantan & Shekoo Bakal Bawa Hilal El-Helwe, Jad Noureddine Kembali Ke Malaysia?

Jad Noureddine Hilal El-Helwe Frank Bernhardt Shekoo Kelantan

Tersebar gambaran kerjasama antara Kelantan dan ejen pemain, Shekoo apabila Frank Bernhardt dilihat bergambar bersamanya memberi indikasi adakah Hilal El-Helwe dan Jad Noureddine bakal kembali ke Malaysia?

Kedua-dua pemain ini berada di bawah naungan agensi itu dan dilihat masih belum terikat dengan mana-mana pasukan selain memiliki pengalaman bermain di Liga Malaysia beberapa musim yang lalu.

Tidak dapat dipastikan jika ada pemain lain yang bakal dibawanya nanti.

Cuma yang pasti, Shekoo adalah ejen kepada Bernhardt dan beberapa pemain yang sedang beraksi di Malaysia pada musim ini antaranya Soony Saad, Curt Dizon dan Ousmane Fane yang bermain bersama Penang.

Malah, Shekoo juga adalah pemain kelab Shah Alam Antlers dari Selangor.

Selepas berjaya merealisasikan impian Bernhardt untuk kekal di Malaysia apabila dilantik sebagai pengendali Kelantan – sebelum itu sebagai Pengarah Teknikal, tentunya beliau mahu membantu pengendali tersebut.

Dalam hantaran di Instastory, Shekoo berkata, “Saya akan cuba membawa import terbaik untuk membantu Kelantan FC dengan bajet yang kecil. Saya juga tidak akan meminta sebarang bayaran sebagai seorang ejen.

Ini merupakan khidmat percuma yang boleh saya berikan untuk membantu jurulatih dan kesemua penyokong TRW. Percayalah dengan proses, kita akan berada di puncak tidak lama lagi,” tambahnya lagi di hantarannya itu.

Seperti yang semua pengikut Liga Malaysia dan penyokong Kelantan sudah ketahui, selepas kehilangan pengendali, Choi Moon-sik, ‘The Red Warriors’ turut dilaporkan kehilangan kudrat Carli de Murga dan Christian Rontini.

Ini menjadikan mereka tempang di posisi pertahanan selepas kedua-dua pemain itu dilaporkan sudah tidak bersama pasukan selepas krisis itu.

Jika benar Shekoo dalam usaha membantu pasukan tersebut, berdasarkan senarai pemain yang berada di bawah agensinya, ada kemungkinan Jad Noureddine bakal dibawa masuk selepas kali terakhir beraksi pada 2022.

Selain Noureddine, Hilal El-Helwe juga boleh disambar Kelantan ketika ini.

Noureddine pernah bermain bersama Perak pada 2021 secara pinjaman sebelum dipinjamkan kepada Akhaa Ahli Aley sehingga ke hujung 2022 dan menamatkan kontrak dengan Al-Ahed secara persetujuan bersama.

Selain Noureddine, bekas ‘playmaker’ Penang, Hilal El-Helwe juga mungkin boleh dibawa masuk disebabkan belum terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan Harimau Kumbang pada musim lalu.

Hilal merupakan pemain berkualiti dan tentunya kudratnya mahu ditagih oleh Kelantan jika ada usaha untuk membawanya kembali ke Malaysia.

Rahsia kejayaan Bernhardt bersama UiTM beberapa musim lalu adalah kecemerlangan Rabih Ataya yang turut berada di bawah agensi tersebut.

Menurut pemerhati Liga Malaysia, Marco Negeri, jika pemilik Kelantan, Zamsaham mahu mengulangi keajaiban sentuhan Bernhardt, tentunya pemain setaraf Rabih Ataya wajar dibawa masuk di jendela perpindahan.

Ataya dilaporkan baru sahaja menandatangani kontrak bersama Nejmeh SC sebulan yang lalu menjadikan mungkin pemain lain bakal dibawa masuk.

Malah, Shekoo turut memberi gambaran, bekas pemain Kelantan yang kini sudah bersara, Mohamad Ghaddar juga bakal menghulurkan bantuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN