Piala FA: MU Ditendang Keluar PKNS FC, Zainal Abidin Anggap Pasukannya Tidak Sepatutnya Kalah

Melaka United sah terlepas satu trofi musim ini. Pasukan yang berbelanja besar pada awal musim itu ditewaskan oleh skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal – PKNS FC.

K. Gurusamy meletakkan PKNS di hadapan menerusi sepakan penalti sebelum wisel rehat separuh masa pertama dibunyikan. Ini gara-gara kekasaran yang dilakukan oleh Jang Suk-Won ke atas Kpah Sherman.

Pada separuh masa kedua, Melaka berusaha keras untuk memburu gol penyamaan. Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua dibunyikan, Melaka terus hampir menyamakan kedudukan. Namun percubaan menerusi sepakan Casagrande terkena tiang gol.

Ketika Melaka sedang memburu gol penyamaan, Chan Vathanaka menambah satu lagi gol untuk PKNS FC pada minit kemudian selepas menerima hantaran Romel Morales.

Shukor Adan melakukan kesilapan di garisan akhir pertahanan – bola dirampas oleh Kpah Sherman. Shukor hilang bola dan Romel Morales pula menunjukkan aksi ‘selfless’ beliau dengan menolak bola kepada Vathanaka.

Tidak lama selepas itu, Kpah Sherman memberikan malam derita buat Melaka dengan gol ke-3 yang juga berpunca daripada hantaran oleh Romel Morales. Ianya gol yang dibina menerusi serangan balas dari bawah.

Melaka cuba menjelmakan kebangkitan lewat perlawanan. 5 minit terakhir, anak-anak buah Zainal Abidin Hassan menjaringkan 2 gol.

Pertamanya menerusi sepakan penalti oleh Casagrande selepas Safiq Rahim dijatuhkan Jafri Chew. Dan gol kedua Melaka hadir pada masa kecederaan oleh Shukor Adan.

PKNS FC mara ke pusingan ke-3. Gandingan Kpah Sherman, Chan Vathanaka dan Romel Morales ternyata ancaman terbesar untuk Melaka United.

Selepas tamat perlawanan, pengendali Melaka United, Zainal Abidin merasakan pasukannya tidak sepatutnya kalah selepas aksi yang dipamerkan para anak buahnya.

Namun beliau akur, pasukan mereka agak lambat panas. Beliau berkata: “Memang amat mengecewakan. Tidak sepatutnya kami tewas dengan corak permainan yang kami tunjukkan.”

“Walaupun kami kalah, saya rasa tak sepatutnya kita tewas. Dengan satu gol penalti pada separuh masa pertama dan 2 kesilapan individu kami yang memberikan gol kepada lawan.”

“Tetapi mereka [pemain Melaka] menguasai perlawanan dan mendapat peluang gol. Cuma ‘urgency’ tidak diletakkan [lebih awal]. Ianya hanya datang selepas 3-0.”

“Walaupun agak lambat, namun mereka telah berusaha – dan saya memang terima [hakikat] bahawa mereka telah berusaha. Ianya agak terlambat. Sepatutnya apa yang ditunjukkan para pemain 10 minit terakhir, itulah yang sepatutnya ditunjukkan sejak awal permainan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN