Semalam Chelsea melengkapkan slot separuh akhir Piala FA Inggeris 2018. Undian perlawanan separuh akhir menyaksikan Manchester United akan berhadapan dengan Tottenham Hotspur.
Ini adalah peluang untuk Mauricio Pochettino mendapatkan piala pertama beliau bersama Spurs. Beliau antara pengurus yang cemerlang dalam beberapa musim terakhir ini.
Untuk Jose Mourinho, beliau bukanlah nama asing dalam pertandingan piala di England. Dengan kejuaraan EPL dan UCL sudah terlepas dari jangkauan. Pastinya Piala FA akan menjadi perhatian utama beliau.
Sebelum ini beliau sendiri menyatakan yang Piala FA adalah tumpuan mereka pada kali ini. Tahun lalu Mourinho membawa United menjulang 2 Piala iaitu Piala Liga dan UEL.
Satu lagi pertembungan, Mark Hughes akan membimbing Southampton berhadapan dengan kelab lama beliau Chelsea.
Chelsea musim lalu tewas dalam perlawanan akhir Piala FA di tangan Arsenal. Kali ini, Antonio Conte berpeluang untuk menebus kekecewaan itu. Namun harus melepasi cabaran Southampton terlebih dahulu.
Antonio Conte membawa The Blues menjuarai EPL musim lalu. Musim ini, Piala FA boleh dijadikan pengubat duka.
Untuk pasukan Southampton, jika mereka berjaya menjuarai Piala FA musim ini, mereka akan bermain di Eropah dalam UEL pada musim hadapan.
Sudah pastinya, semua orang tahu akan kemampuan pasukan ini untuk melakukan kejutan menentang lawan lebih besar.
2 perlawanan semifinal akan dilangsungkan di Wembley pada tarikh 21 dan 22 April hadapan.