Piala FA: Kedah Mahu Pastikan Tiket Ke Final Menjadi Milik Mereka

Skuad Helang Merah bakal bertandang ke Jengka, Pahang untuk aksi separuh akhir kedua Shopee Piala FA menentang FELDA United pada hari ahad ini dalam misi untuk memburu tiket ke perlawanan akhir yang berlangsung pada bulan depan.

Meskipun membawa bekalan satu gol, pengendali pasukan itu, Aidil Sharin Sahak tidak mahu anak buahnya berwaspada terhadap kebangkitan FELDA United yang pasti akan bermain mati-matian.

“Kami boleh menang dengan 3-0, namun jika kami turun dengan minda yang mudah berpuas hati, kita akan lihat kebangkitan bola sepak seperti Barcelona dan pasukan-pasukan gergasi ini bermain.

“Jadi, kami boleh mengekalkan keyakinan tinggi untuk turun ke sana dengan minda yang positif dan bukannya terlebih yakin,” katanya dalam Stadium Astro.

Kedah

Sementara itu, jurulatih skuad The Fighters, Mohd Nidzam Jamil mengakui anak buahnya sedang berdepan tugas yang berat dalam saingan Piala FA dan juga Liga Super.

“Ketika ini, kedua-dua saingan iaitu Liga Super dan Piala FA memerlukan FELDA United bekerja keras untuk memenuhi misi penting.

“Apabila berada di separuh akhir, kami tidak boleh memberi ruang kepada lawan kerana kami sudah berjaya mengharunginya di pusingan pertama lagi,” katanya.

FELDA United kini bergelut dalam zon penyingkiran ke Liga Premier 2020 setelah mengutip 12 mata selepas 17 perlawanan.

Justeru, Mohd Nidzam mahu anak buahnya melupakan seketika saingan Liga Super kerana aksi separuh akhir kedua Piala FA juga penting untuk menilai prestasi pasukan.

Katanya, perjuangan The Fighters belum lagi berakhir kerana perlawanan masih lagi berbaki 90 minit.

“Sebaik kami tewas dengan dibolosi satu gol di tempat lawan, ia membuktikan pemain berjaya menyekat lawan daripada mencatat kemenangan besar.

“Oleh itu, beraksi di Stadium Tun Razak Ahad ini diharap memberi kelebihan untuk merekodkan kemenangan, sekali gus mengisi tempat ke pentas final,” katanya dalam Arena Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN