Arsenal Tiada Menerima Sebarang Tawaran Untuk Ozil Kerana Gaji Terlalu Tinggi

Mesut Ozil akan terus kekal di Arsenal selepas kelab tersebut setakat ini tidak mendapat sebarang bidaan untuk pemain tersebut.

Unai Emery dilaporkan sedia mempertimbangkan sebarang tawaran daripada kelab lain untuk Mesut Ozil bagi menambah dana perpindahan beliau.

Emery dikatakan hanya memiliki suntikan dana perpindahan sekitar £45 juta setakat ini. Hal ini kerana Unai Emery gagal untuk membawa Arsenal mara ke UCL musim hadapan. Ini bermaksud Arsenal gagal layak ke UCL untuk 3 musim berturut-turut.

Mesut Ozil antara pemain yang masih bernilai di pasaran perpindahan. Dan Unai Emery pada musim lalu kerap meletakkan Ozil di bangku simpanan atas alasan teknikal dan taktikal.

Namun halangan terbesar adalah gaji Mesut Ozil yang berjumlah £350,000 seminggu. Buat masa ini tiada kelab yang sanggup untuk membayar angka sebesar untuk untuk Mesut Ozil.

Ozil merupakan pemain yang kreatif. Unai Emery nampak gayanya harus mencari formula untuk menggunakan Mesut Ozil di dalam pasukan utama beliau.

Unai Emery kini sedang berusaha membawa masuk pemain seperti Kieran Tierney dan juga pemain pertahanan Saint-Etienne – William Saliba.

Selain daripada isu dana, Unai Emery juga berhadapan dengan isu bil gaji pemain.

Bekas pemain Arsenal, Kevin Campbell pula menggesa agar Arsenal memandang lebih serius isu pertahanan. Lantas beliau merasakan Tierney dan Saliba adalah 2 pemain yang harus dibeli oleh Arsenal.

Campbell berkata: “Arsenal harus menguatkan lagi benteng pertahanan mereka.”

“Saya tahu Arsenal telah dikaitkan dengan ramai pemain seperti Thomas Meunier, Samuel Umtiti, Joachim Andersen dan Armando Izzo – mereka semua ni bagus. Namun kalau saya di tempat Unai Emery – saya akan sedaya upaya cuba mendapatkan William Saliba.”

“Beliau mungkin masih muda, namun beliau sangat berbakat, dan sudah pastinya Kieran Tierney.”

“Jika Arsenal berjaya mendapatkan 2 pemain ini, ianya akan memberikan Unai Emery kekuatan tambahan untuk mereka mengejar slot UCL pada musim akan datang.”

“Saya teringin melihat Saliba dan Tierney di Arsenal. Mereka akan menguatkan lagi pertahanan.”

Arsenal sudah memulakan langkah memburu Saliba dan Tierney. Namun, untuk Tierney tawaran mereka ditolak oleh Celtic kerana terlalu rendah.

Arsenal juga masih dalam proses untuk membawa William Saliba ke Emirates. Perbincangan di antara semua pihak dikatakan masih berjalan.

Saliba antara pemain yang cemerlang dalam beberapa musim ini. Beliau mewakili Perancis dalam semua peringkat remaja dari usia 16 tahun sehigga 19 tahun. Cuma masih menunggu panggilan daripada skuad senior Perancis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN