Piala FA: Kecemerlangan Rahadiazli Berjaya Pacu Terengganu Ke Final

Terengganu berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala FA 2022 setelah menewaskan pasukan pelawat, Selangor menerusi penentuan penalti apabila sebelum itu mereka sekadar terikat 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Pada perlawanan dramatik tersebut, penjaga gol muda Terengganu iaitu Rahadiazli Rahalim wajar diangkat sebagai wira perlawanan apabila beliau menyelamatkan dua sepakan penalti untuk mengecewakan pelawat.

Kelibat Rahadiazli juga sangat menyakinkan sepanjang 90 minit perlawanan setelah beliau banyak menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Selangor untuk mengelakkan gawang tuan rumah dibolosi.

Lima minit awal perlawanan, menyaksikan kedua pasukan bermula dengan intensiti permainan yang agak tinggi dipamerkan untuk masing-masing cuba mencari gol awal.

Kedua-dua pasukan jelas tidak memperlahankan intensiti permainan dengan serangan masing-masing terus mengasak ke kubu pertahanan dengan keghairahan untuk mendapatkan gol pertama perlawanan.

Selangor berjaya terlebih dahulu mendapat gol pertama perlawanan menerusi Norhakim Hassan pada minit ke-23 seteleh menerima umpanan cantik daripada Quentin Cheng untuk meletakkan pelawat 1-0 di hadapan Terengganu.

Selepas jaringan pertama tersebut, Selangor jelas terus meningkatkan asakan mereka dengan moral yang tinggi untuk mendapatkan gol seterusnya menerusi beberapa percubaan dibuat ke gawang lawan.

Pada minit ke-33, Terengganu berjaya memperoleh sepakan penalti setelah pengadil mengesan pertahanan Selangor, Sharul Nazeem menjatuhkan Faisal Halim di sebelah kanan gawang gol pelawat.

Namun, keputusan tersebut dibatalkan apabila perbincangan sesama pengadil mengatakan tiada kekasaran dibuat oleh pertahanan tersebut kepada Faisal, untuk terus mengekalkan keputusan semasa memihak kepada Selangor.

Pada separuh masa kedua, Faisal Halim kembali menyamakan kedudukan buat Terengganu menerusi gerakan solo beliau yang cantik untuk menewaskan beberapa pertahanan pelawat sebelum satu rembatan dilepaskan pada minit ke-48.

Selangor dilihat tidak lagi begitu agresif seperti separuh masa pertama dan jelas memberi ruang buat Terengganu untuk lebih banyak mendominasi perlawanan serta mencipta ruang ke arah gol pelawat.

Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan setelah masing-masing terikat dengan satu jaringan sepanjang 90 minit masa sebenar perlawanan.

Sepanjang tempoh masa tambahan berlangsung, kedua pasukan ini gagal untuk menambah jaringan untuk menjarakkan kedudukan masing-masing dan intensiti permainan juga jelas semakin menurun.

Penentuan akhirnya terpaksa dibuat menerusi sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan gagal memeterai ikatan seri sepanjang perlawanan berlangsung.

Terengganu akhirnya berjaya mencatat kemenangan untuk terus melangkah ke final setelah kecemerlangan Rahadiazli berjaya mengecewakan dua sepakan penalti Selangor, dan jaringan terakhir Shahrul Nizam mengesahkan keputusan memihak tuan rumah.

Kesebelasan utama

Terengganu: Muhammad Rahadiazli Bin Rahalim (Penjaga gol), Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Azam Azmi Murad, Mohamad Faisal Abdul Halim, Manuel Gelito Ott, Habib Haroon Haroon Saeed, Petrus Shitembi, Mohd Faiz Mohd Nasir, Tchetche Hermann Brice Kipre (Kapten), Muhammad Alif Zakaria, Pape Abdoulaye Diakite

Selangor: Samuel Jacob Somerville (Penjaga gol), Quentin Cheng Jiun Ho, Muhammad Azrin Afiq Rusmini, Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Herlison Caion De Souza Ferreira, Alexander Agyarkwa Ameyaw, Hein Htet Aung, Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Seng Ling Gan (Kapten), Baha’ Abdelrahman Mustafa Suleiman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN