Fulham Pamer Aksi Menakjubkan Untuk Sekat Liverpool Daripada Mengutip 3 Mata Penuh

Fulham berjaya mengikat Liverpool 2-2 ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League di Craven Cottage.

Skuad kendalian Marco Silva itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik dalam perlawanan ini dengan mereka dilihat cemerlang dalam mengawal tempo permainan.

Walau Liverpool bermain dengan corak pressing, namun hal itu sama sekali tak menjejaskan rentak permainan skuad Fulham dalam perlawanan ini.

Liverpool bahkan hampir sahaja berputih mata dan pulang dengan kehampaan sebelum mereka berjaya menyamakan kedudukan.

Fulham dua kali mendahului perlawanan dan ia sudah cukup untuk membuktikan yang mereka turun dalam perlawanan ini dengan persediaan yang sangat rapi.

Tidak dinafikan yang Liverpool sendiri tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini dan kerana itu mudah untuk Fulham mendominasi permainan.

Fulham 2-2 Liverpool

Fulham terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini menerusi Aleksandar Mitrovic pada minit ke-30 permainan.

Mitrovic menewaskan Alexander Arnold untuk menanduk masuk bola hantaran cantik dari Kenny Tete untuk membantu Fulham mendahului perlawanan 1-0.

Liverpool hanya mampu menyamakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan menerusi Darwin Nunez yang bijak memanfaatkan bola hantaran dari Mohamed Salah.

Bintang Mesir itu melorongkan bola cantik ke dalam kotak penalti dengan Nunez kemudiannya melakukan flip untuk menewaskan Marek Rodak.

Ketika Liverpool sedang dalam usaha mereka untuk memburu gol pendahuluan, Fulham dengan tiba-tiba melancarkan serangan dan memenangi sepakan penalti dari serangan pantas itu.

Virgil Van Dijk didakwa menjatuhkan Mitrovic di dalam kotak penalti dan walaupun pemain Liverpool mendakwa penyerang Fulham itu berlakon, namun pengadil tetap menghadiahkan sepakan penalti kepada mereka.

Mitrovic tenang menewaskan Alisson Becker untuk gol kedua Fulham dalam perlawanan ini, seterusnya menambah tekanan kepada skuad Liverpool yang tak mahu kehilangan mata.

Pada minit ke-80 permainan, Mohamed Salah cemerlang meledak gol penyamaan untuk Liverpool mengikat Fulham 2-2, seterusnya membantu Liverpool dari pulang dengan tangan kosong.

Keputusan 2-2 kekal hingga wisel penamat dibunyikan dengan Liverpool terpaksa akur mengutip satu mata sahaja dari Craven Cottage.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu sepertinya tidak memulakan kempen saingan Premier League musim ini seperti yang diharapkan.

Jurgen Klopp tentu saja tidak gembira dengan keputusan perlawanan dan sudah tentu beliau mengharapkan anak-anak buahnya akan segera bangkit untuk aksi perlawanan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN