Pengendali Negeri Sembilan iaitu K. Devan pastinya menjadi individu paling sibuk ketika ini mempersiapkan pasukan beliau untuk menghadapi saingan suku akhir Piala FA tidak lama lagi.
Apa tidaknya, melihat kepada pasukan lawan mereka Selangor ketika ini yang berada dalam kelas tersendiri dalam saingan Liga Super pastinya menjadikan beliau sedar akan ancaman bakal dibuat oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe.
Turun ke Paroi Sabtu ini dengan persalinan NSFC 2023 🟡⚫🔴
Skuad Jang akan menentang Selangor FC dalam aksi suku akhir Piala FA, Sabtu ini. pic.twitter.com/r6VLOP06Rk
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 25, 2023
Terbaharu, Selangor berjaya mencatat kemenangan tipis mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah) menerusi keputusan penuh 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Berbanding Negeri Sembilan, pasukan tersebut hanya mampu terikat seri 3-3 ketika melayan kunjungan Kelantan United dengan aksi sedikit tidak menyakinkan.
Negeri Sembilan yang tampil dengan serba kekurangan berbanding musim lalu tampil dengan sedikit perlahan dalam aksi Liga Super, sebelum berjaya mencatat beberapa kemenangan penting untuk menjadikan mereka kembali mendapat perhatian ramai.
Jelas Devan, beliau akan tampil dengan sedikit perbezaan untuk aksi bertemu Selangor pada Sabtu ini dengan bakal membawa turun kesebelasan terbaik untuk menghadapi lawan.
Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi pastinya menjadi kelebihan buat Negeri Sembilan untuk tampil lebih bermotivasi menghadapi pelawat bersama sorakan para penyokong setia mereka.
Selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir, pastinya peluang tersebut tidak ingin dilepaskan oleh Devan untuk mengintai peluang membawa Negeri Sembilan mara ke peringkat seterusnya.
“Selain Shahrel Fikri Md Fauzi, Safuwan Baharuddin dan Levy Madinda, saya juga mungkin akan dapat menampilkan semula Casagrande bagi memantapkan jentera serangan.
“Saya akan turunkan barisan yang berbeza ketika menentang Selangor nanti berbanding pemain yang beraksi pada pertembungan dengan Kelantan United tempoh hari.
“Daripada faktor itu, pemain NSFC akan mempamerkan persembahan yang berbeza dalam usaha melepasi halangan suku akhir saingan kalah mati itu,” katanya menerusi Harian Metro.
Imbas kembali jaringan skuad Jang dalam aksi Piala FA musim lepas.
Kali terakhir Negeri Sembilan bertemu Selangor dalam kejohanan ini ialah pada 2017, hasil kemenangan di pusingan kedua dengan penentuan sepakan penalti 4-3 berpihak kepada skuad Jang👊🏼👊🏼#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/Vt1I7I9Isp
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 25, 2023
Tambah Devan lagi, beliau juga akan membuat persediaan dengan lebih rapi untuk menghadapi lawan sepanjang tempoh 90 minit atau lebih kerana aksi tersebut akan menentukan siapa bakal mara ke pusingan separuh akhir.
Jelas pengendali berpengalaman itu lagi, beliau juga yakin Negeri Sembilan akan tampil lebih agresif serta memberi fokus penuh untuk membawa pasukan mara lebih jauh musim ini.