Piala FA: Jordan Mintah Tak Sabar Untuk Ledak Gol Berdepan Kelantan

Penyerang berbisa Terengganu iaitu Jordan Mintah menjadi antara individu paling bersemangat kini untuk menghadapi saingan suku akhir Piala FA 2023 menentang Kelantan di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Tuanku Mizan Zainal Abidin (SSMZA), pastinya Mintah mempunyai sasaran tersendiri untuk menggembirakan hati para penyokong serta membawa pasukan mara ke peringkat separuh akhir.

Malah, penyerang kelahiran Ghana itu juga memasang impian untuk menjadi antara penjaring gol pada perlawanan tersebut bagi membuktikan dirinya kekal berbisa selaku pemain import Terengganu.

Ketika ini, Mintah mengakui prestasi beliau berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk membantu Terengganu melakar kemenangan jika dibawa turun beraksi dalam kesebelasan utama.

Malah, pemain berusia 28 tahun itu juga tanpa berselindung tidak sabar untuk mempamerkan aksi berbisanya bertemu Kelantan di hadapan ribuan penyokong sendiri pada aksi itu.

Apa tidaknya, Mintah sebelum ini sudah pun membuktikan ketajaman beliau ketika menentang Kelantan dalam aksi Liga Super ketika mereka menewaskan pasukan tersebut menerusi keputusan 5-0.

Pada aksi itu, Mintah tampil selaku salah seorang penjaring gol dan menjadi ancaman berbahaya buat pertahanan lawan menerusi kelincahannya di atas padang.

Walaupun begitu, Mintah juga menegaskan beliau tidak ingin pentingkan diri sendiri serta akan berusaha membuka ruang lebih baik untuk rakan sepasukan lain menjaringkan gol jika mereka mempunyai peluang keemasan.

“Setiap pasukan ada kekuatannya yang tersendiri, begitu juga Kelantan FC biarpun skuad itu dilihat bergelut untuk mendaki kedudukan lebih baik dalam saingan liga selepas baharu sekali merakam kemenangan.

“Sebagai penggempur, jika diturunkan sudah pasti saya berazam untuk buru gol, lagipun saya sentiasa bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk berdepan dengan pasukan jiran itu.

“Pasukan kami juga sudah bersedia dan bekerja keras untuk berdepan dengan skuad itu, perjuangan kami tidak akan berhenti selagi misi ke pentas final Piala FA tidak tercapai.

“Saya harap rakan sepasukan dapat fokus hingga minit terakhir perlawanan bagi memastikan kita dapat mengatasi lawan untuk mengintai peluang ke separuh akhir sekali gus mengulangi pencapaian sebagaimana pada musim lalu,” katanya menerusi Harian Metro.

Dijangka pada aksi ini pengendali pasukan iaitu Tomislav Steinbruckner akan mempertaruhkan Mintah bersama seorang lagi penyerang import mereka iaitu Ivan Mamut untuk menggempur kubu pertahanan Kelantan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN