Walaupun Dollah Salleh tampil selaku pengendali baharu Sri Pahang, skuad tersebut gagal untuk mencipta kemenangan dalam aksi suku akhir Piala FA semalam ketika menentang Penang.
Sri Pahang yang beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Darul Makmur dilihat gagal untuk menggunakan kelebihan tersebut untuk membenam cabaran lawan biarpun pada awalnya mendahului dengan baik menerusi dua gol.
Fulltime.#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/7AYgcSFxC7
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 23, 2022
Menurut Dollah Salleh, faktor kekalahan skuadnya semalam lebih kepada isu kehilangan fokus serta keletihan sepanjang perlawanan.
Beliau juga berkata, isu kegagalan barisan pemainnya yang gagal untuk menyekat kebangkitan pelawat di separuh masa kedua turut menjadi faktor mengapa mereka gagal untuk mencapai misi melayakkan diri ke separuh akhir.
“Jika dilihat kepada keseluruhan perlawanan, Sri Pahang hanya bermain baik pada 40 minit pertama perlawanan. Gol di penghujung separuh masa pertama menyebabkan corak permainan dan persembahan pasukan berubah.
“Gol itu tidak sepatutnya berlaku dan ia satu kesilapan yang menyebabkan Penang bangkit dan mengambil peluang,” kata Dollah menerusi Berita Harian.
Pada aksi yang berlangsung semalam, Sri Pahang berjaya menceriakan para penyokong setelah terlebih dahulu meledak dua gol menerusi Azwan Aripin dan pemain import, Steven Rodriguez di separuh masa pertama.
It's a DEAD END for us in the FA CUP..
Hard luck TEAM..#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia pic.twitter.com/2wxdlJqzQp— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 23, 2022
Selepas itu, mereka seolah kehilangan fokus dalam permainan sehingga Penang mampu untuk mencipta kebangkitan dengan lima gol terhasil sekali gus mengetepikan cabaran tuan rumah.
Dalam masa sama, Dollah tetap melahirkan rasa bangga dengan prestasi para pemain, terutama sekali dalam aksi di separuh masa pertama.
“Saya percaya jika semua pemain dapat mengekalkan tempo permainan, tidak mustahil Sri Pahang bangkit dan dapat memperbaiki kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super selepas ini.
“Fokus utama saya selepas ini ialah mempertingkatkan tahap kecergasan pemain yang dilihat kurang dan ia dapat disaksikan selepas beraksi 70 minit ketika berdepan Penang,” katanya.
Selain Dollah yang dilantik sebagai pengendali baharu, mereka juga berjaya mendapatkan khidmat Fandi Ahmad dari Singapura selaku Penasihat Teknikal kelab.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialPahang 2-5 @Penang_FC
Penang FC bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mara ke separuh akhir hasil jaringan T. Saravanan, Hilal El-Helwe (2 gol), Lucas Silva dan K. Thivandaran.#PialaFA2022 pic.twitter.com/73zW8MUOEX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 23, 2022
Sri Pahang dilihat bermula dengan sangat hambar dalam aksi Liga Super musim ini ketika bawah kendalian Christophe Gamel dan kemasukan Dollah menjadi harapan baharu buat penyokong agar kelab tersebut kembali mencipta kebangkitan.