Piala FA: Dollah Salleh Anggap Pemain Pahang ‘Takut’ Sehingga Tumpu Bertahan

Dollah Salleh, Pahang

“Mentaliti kita mungkin agak takut sangat untuk melepaskan gol menyebabkan pemain-pemain lebih tumpu untuk bertahan.”

Itu merupakan komen pengendali Pahang, Dollah Salleh dalam sesi post match reaction di Iflix sejurus menyaksikan skuadnya disingkir Perak di peringkat separuh akhir Shopee Piala FA 2019 di Stadium Ipoh, Perak, malam tadi. Pahang tewas 3-4 secara agregat.

Terlalu yakin atau terlampau risau telah menjadi punca kepada aksi longlai Tok Gajah yang akhirnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemain The Bos Gaurus untuk merobek gawang pelawat.

Tiga gol berjaya dihasilkan di babak pertama dengan pemain tengah, Brendan Gan memulakan aksi kebangkitan Perak di minit ke-35 menerusi tandukannya yang berjaya mengegar gawang.

J. Partiban pula kemudiannya mengikat kedudukan agregat apabila berjaya menewaskan Helmi Eliza buat kali kedua pada minit ke-42 sebelum jaringan sendiri pertahanan pelawat, Faisal Rosli telah memberikan Perak kelebihan satu gol seminit kemudian.

Pahang turun dengan barisan terbaik mereka yang telah diberikan rehat dalam aksi liga baru-baru ini namun ia seakan-akan telah memakan diri apabila tuan rumah yang kelihatan lebih cergas.

Sudahlah barisan kedua mereka tumbang 2-5 kepada Selangor pada 25 Jun lalu, kali ini giliran barisan terbaik mereka pula tumpas 0-3 di separuh akhir kedua menyaksikan mereka tersingkir biarpun telah membawa bekalan agak selesa ke Ipoh sebelum itu.

Norshahrul Idlan, Pahang
FOTO: MFL

“Hari ini kita telah buat kesilapan. Apa yang saya telah beritahu kepada pemain, kita datang sini bukan untuk bertahan dan dalam separuh masa pertama, kita telah banyak buat kesilapan.

“Kita banyak tumpukan untuk bertahan daripada main seperti biasa. Itulah punca dan perkara yang kita hadapi,” jelas Dollah Salleh lagi sambil menegaskan kesilapan-kesilapan kecil itu membawa padah kepada skuadnya pada perlawanan malam ini.

“Kita cuba bangkit, tetapi pada malam ini segalanya serba tidak menjadi,” tambahnya lagi dalam nada yang kecewa.

Perak akhirnya telah berjaya menamatkan penantian selama 14 tahun untuk layak ke pentas akhir Piala FA apabila berjaya menundukkan juara bertahan itu bagi menempah tiket final.

Ini merupakan pentas akhir kedua buat Perak dalam masa 8 bulan selepas menjuarai Piala Malaysia 2018 menewaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti pada Oktober tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN