Piala FA: Berbaki 3 Hari, Tiket Aksi Terengganu Lawan KL City Laku Keras

Terengganu

Berbaki tiga hari sahaja lagi sebelum perlawanan penting antara Terengganu dan juga Kuala Lumpur City (KL City), tiket sudah habis dijual!

Itulah yang diumumkan oleh Terengganu dalam kenyataan mereka hari ini apabila mengumumkan yang kouta untuk tiket atas talian (online) telah pun habis dijual bagi orang dewasa.

“Untuk makluman para penyokong, kesemua tiket online penyokong Terengganu [dewasa] bagi perlawanan Separuh Akhir Piala FA telah habis dijual,” kata Terengganu dalam kenyataan mereka.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Apa yang berlaku itu pada mula mengundang keresahan penyokong kerana mereka pastinya tidak mahu terlepas peluang untuk menyaksikan potensi Terengganu layak ke perlawanan akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut.

Namun begitu, keresahan itu ditolak jauh-jauh oleh Terengganu apabila mereka mengumumkan penjualan tiket fizikal sebanyak 15 ribu keping.

Jualan tiket ini hanya akan bermula pada Sabtu (24 Jun 2023) dan itu adalah satu inisiatif daripada Terengganu sendiri yang mahu menjualnya lebih awal berbanding kebiasannya pada hari perlawanan.

“Pada ketika ini kuota tiket online (dewasa) untuk penyokong Terengganu FC telahpun penuh dan habis dijual semalam. Sambutan luar biasa ini semestinya mendatangkan input positif untuk kehadiran penyokong bagi perlawanan Ahad ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, jualan tiket fizikal kebiasaannya akan dijual pada hari perlawanan pada perlawanan-perlawanan liga dan peringkat awal saingan Piala FA ini.

“Namun khas bagi perlawanan kali ini, pihak Terengganu Football Club Sdn Bhd memutuskan untuk membuat jualan lebih awal iaitu bermula pada hari Sabtu, 24 Jun 2023, sehari sebelum hari perlawanan dan jika tiket masih berbaki, ianya akan dijual pada hari perlawanan iaitu 25 Jun 2023.

Pendekatan ini jelas sekali merupakan usaha Terengganu dalam misi untuk menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri pada perlawanan penting seperti ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN