Piala FA: Azam Azmi Mahu Pertahanan Terengganu ‘Rantai’ Pergerakan De Paula

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Walaupun diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pusingan lebih jauh, Terengganu pastinya tidak rela untuk membiarkan lawan mencipta sebarang kejutan dalam aksi Piala FA 2023 pada malam ini.

Pada pusingan 16 terbaik ini, Terengganu telah diletakkan bersama Melaka yang kini beraksi dalam saingan Liga M3 serta membuat beberapa rombakan dalam kalangan pemain.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pastinya Terengganu ingin meneruskan momentum positif mereka seperti telah dilakar sebelum itu dalam saingan Liga Super.

Untuk rekod, Terengganu kini berjaya meraih tiga mata penuh dalam semua tiga perlawanan terakhir dihadapi mereka dalam saingan liga, dan corak permainan ditampilkan juga jelas semakin berkualiti.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, sudah tentu motivasi para pemain Terengganu berada pada tahap terbaik untuk melakar kejayaan di hadapan para penyokong Sang Penyu.

Walaupun begitu, pertahanan Terengganu iaitu Muhammad Azam Azmi Murad tidak mahu skuad diwakilinya itu selesa sebagai pasukan pilihan, sebaliknya beliau tetap menghormati lawan dan mengelak daripada dijerat Melaka.

Melaka yang musim ini dikendalikan oleh Pedro Hipolito tampil dengan persembahan berkualiti bersama penyerang utama pasukan tersebut iaitu Guilherme de Paula yang taham di hadapan gawang gol.

Oleh itu, Azam menyifatkan Melaka kini sebagai sebuah kelab yang agak misteri kerana gandingan baharu itu masih belum diketahui secara penuh mengenai corak permainan mereka.

“Atas kertas pastinya penggiat sukan bola sepak memilih TFC untuk mara ke pusingan seterusnya, tapi sejujurnya dalam sukan ini kejutan adalah perkara lumrah dan ianya kerap terjadi jika tidak berwaspada.

“Lagipun lawan pastinya hadir dengan keazaman untuk melakukan kejutan lebih-lebih lagi skuad itu mempunyai penyerang naturalisasi negara, De Paula, jadi kita harus waspada dengan taktikal lawan dan perlu ‘merantai’ pergerakan penyerang itu.

“Saya percaya jika rakan sepasukan beraksi mengikut perancangan jurulatih, pastinya kami tidak tersungkur lebih-lebih lagi bakal beraksi di depan ribuan peminat setia,” kata Azam menerusi Arena Metro.

Pada masa sama, Steinbruckner turut menuntut para pemain kendaliannya supaya memberi fokus penuh pada aksi ini dengan tidak mengambil mudah akan pasukan lawan.

“Sebarang kealpaan bakal mengundang padah kerana lawan pasti mahu melakukan kejutan selain kita tidak tahu kekuatan sebenar pasukan itu. Jadi saya harapkan pemain tidak mengambil mudah sebaliknya kekal waspada,” kata pengendali kelahiran Croatia itu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN